4.1 Kelemahan Pemerintah
Pada awal abad ke-17, kerajaan Turki Uthmaniyah berada dalam
keadaan yang tidak stabil apabila pemerintahannya yang kerap bersilih ganti
akibat kematian pemimpinnya. Hal ini mengakibatkan setiap kali pertukaran
Sultan berganti polisi kerajaan juga bertukar dan kestabilan negara kerap
goyah. Lima orang sultan pertamanya pada abad ke-17 meninggal sebelum
menjangkau usia 35 tahun . Pada saat ini pemimpin sangat bergantung kepada para
pegawai untuk menguruskan pentadbiran negara.[4]
Kurun ini menyaksikan kelemahan ramai
pemerintah Turki Uthmaniyah. Terdapat ramai sultan yang tidak sekuat
sultan-sultan terdahulu antaranya ialah Sultan Mustafa I (1617 M),Uthman II
(1617-1621 M), Murad IV (1622-1640), Ibrahim bin Ahmad (1639-1648 M),Muhammad
IV (1648-1687 M), Suleiman III (1687-1690 M), Ahmad II (1690-1694),Mustafa II
(1694-1703 M), Ahmad III (1703-1730 M), Mahmud I (1730-1754 M), AhmanIII
(1754-1787 M), Mustafa III (1757-1773 M), dan Abdul Hamid I (1773-1788 M).[5] Sultan
Uthman ke II misalnya telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun. Sultan
hanyalah boneka dan kuasa pemerintah terletak ditangan golongan elit Turki.
Sultan hanya menurut kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi.
Sepanjang pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian Perdana
Menteri telahberlaku sebanyak tujuh kali.[6]
Selain itu,
kelemahan juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V. Beliau telah dinaikkan oleh
golongan Freemasonry (sebuah pertubuhan Yahudi) dan hanya sempat memerintah
selama 93 hari kerana penyakit gila akibat terlalu takut. Beliau takut melihat kematian
Sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh. Selain itu beliau
adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan tidak
berwibawa.[7]
Sultan pada kurun ke-18M juga berperibadi lemah dan terkenal dengan sikap zalim,
ingin berlagak dengan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu.[8]
Kelemahan
Pemerintah mengawal golongan Harem dan pegawai tempatan juga menjerumuskan Turki
Uthmaniyah ke lembah kejatuhan. Pada kurun ke-16 telah menyaksikan kemasukan
pengaruh perempuan dalam pemerintahan Turki Uthmaniyah. Hal ini berikutan
Sultan Uthamaniyah pada abad ke-16 sangatlah dipengaruhi oleh perempuan kerana
mereka hidup terkurung di Istana Harem.[9]
Mereka dikurung bagi mengelakkan pergaduhan antara bakal waris takhta sehingga menyebabkan
mereka lemah dan tidak pandai memerintah kerajaan.[10] Maka,
kelemahan ini telah dimanfaatkan oleh intitusi Harem. Golongan Harem berusaha
untuk menaikkan zuriat masing-masing untuk menjadi sultan sehingga sanggup
membunuh antara satu sama lain dan mengadakan pelbagai komplot agar cita-cita
mereka tercapai. Akibatnya, berlakulah perebutan kuasa sehingga menyebabkan
suasana politik lemah dan kepimpinan menurun danpemerintah gagal mengawal
situasi ini.
Selain itu, sikap
pegawai kerajaan Turki Uthmaniyah juga berpecah-belah. Mereka sangat mementingkan
kedudukan mereka dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kedudukan.
Maka, berlakulah rasuah dan penyelewengan kuasa. Golongan istana tidak bersatu
padu dan birokrat awam atau Kaleimiyyeh yang menjawat jawatan tinggi juga berpecah
belah pada abad ke-18.[11]
Kelemahan yang wujud dalam pemerintahan ini dan pegawai yang mula berpecah
belah dan mempunyai matlamat untuk kepentingan diri telah membawa kepada
kejatuhan Turki Uthmaniyah. Contohnya golongan pembesar daerah derebey yang
menguasai kawasan-kawasan lembah kerap kali mencabar kerajaan pusat dan mengistiharkan
kemerdekaan sendiri.[12]
Selain itu, pembesar-pembesar tempatan yang cuba membebaskan diri daripada Turki
Uthmaniyah adalah seperti Mamalik di Iraq, Alu Al-Azim di Suriah, Al-Syihabiyun
di Libanon, Zahir al-Umar di Palestin dan sebagainya.[13]
Situasi ini membuktikan kelemahan pemerintah Turki Uthmaniyah sehingga pembesar
berani berpaling tadah dan melakukan pemberontakan yang makin melemahkan Turki
Uthmaniyah.
4.2 Proses Tanzimat
Tanzimat[14]
bermaksud mengatur, menyusun dan memperbaiki. Dalam sejarah Turki Uthmaniyah,
Tanzimat merupakan satu pergerakan pembaharuan atau reformasi yang dilakukan Turki
Uthmaniyah dalam tahun 1939-1876. Sayangnya pemodenan yang dibuat dalam konteks
Turki Uthmaniyah adalah pembaharuan yang berasaskan pembaratan. Situasi ini
semakin membuatkan Turki Uthmaniyah semakin parah dan terperangkap dengan
situasi sehingga hancurnya empayar yang luas ini. Pemodenan yang dilakukan bermula
dengan pengistiharan Hatt-I-Sarif atau
dikenali Piagam Kamar Merah (1830) dan Hatt-I- Humayun (1856) oleh Sultan Abdul
Majid dan Rasyid Ali dan Fuad Pasha.[15]
Piagam ini merangkumi pembaharuan pentadbiran, penyelarasan sistem cukai,
sistem kerahan tenaga, persamaan hak individu dan pendidikan sekular
menggantikan pendidikan Islam. Proses ini telah menyebabkan kemasukan fahaman
sekular yang membahayakan Turki Uthmaniyah. Piagam Hatt-I-Humayum lebih
menegaskan tentang sekularisme iaitu dengan menggugurkan rujukan tentang
syariat Islam.[16]
Sebenarnya proses ini amat dinanti-nanti oleh dunia barat kerana reformasi ini
menguntungkan mereka dan rakyat kristian yang berada di bawah Turki Uthmaniyah.
Dari sudut
ekonomi, pembaharuan ini merangkumi pembinaan infrastruktur canggih seperti
pembinaan Sistem Kereta api Eropah Barat menerusi Anatolia terus ke Baghdad.[17] Turki
Uthmaniyah berhutang sehingga menyebabkan tekanan daripada pihak Eropah yang mendesak agar Istanbul menghapuskan
sekatan Import. Hal ini menyebabkan barangan daripada Eropah telah memenuhi
pasaran Turki Uthmaniyah dengan harga yang sangatmurah sehingga menghancurkan
ekonomi Turki Uthmaniyah sendiri. Contohnya kemasukan barangan luar secara
berterusan, kain-kain yang dibuat di luar negeri , adalah daripada bahan mentah
Syria mengancam dan memusnahkan industri Syria.[18]
Sultan Abd al-Aziz
meneruskan Tanzimat sehingga empayar tersebut muflis pada 1875 dengan pinjaman
besar dari Eropah, membawa kepada tertubuhnya Pentadbiran Hutang Awam
Kebangsaan Uthmaniyah, yang kerajaan dan pemilik bank eropah mengawal kewangan
Uthmaniyah. Pada 1876, setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta , hutang
yang ditanggung oleh kerajaan Turki Uthmaniyah ialah melebihi daripada 200 juta
pound Sterling. Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomi memberikan
kesan buruk dalam kestabilan ekonomi Turki Uthmaniyah dan menghancurkan Turki
Uthmaniyah.
Dari sudut sosial,
Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah sekular menggantikan
sekolah yang berpendidikan Islam.
Pendidikan sekular ini tertumpu kepada karya sastera tertentu, arena persuratan
berkembang maju dan terjemahan daripada fiksyen barat.[19]
Malahan sistem pendidikan telah disusun semula dan pada 1866, sebuah Kementerian
Pelajaran Umum ditubuhkan untuk menyeliasekolah sekular.[20]
Maka, sekolah sekular mula tumbuh seperti cendawan di Turki Uthmaniyah.
Malahan negara
barat juga mengambil peluang ini untuk menyerapkan pendidikan mereka melalui
beberapa institusi pendidikan seperti Amerika menubuhkan Universiti Bosporus (1863) dan Maktab
Protestan Syria ( 1866). Manakala Perancis mengasaskan Imprrimerie Catholique pada 1853 dan the Universitende St.
Joseph pada 1875.[21]
Situasi ini makin menggalakkan penerapan idea nasionalisme, kapitalisme,
imperialism terhadap masyarakat sehingga menyebabkan sentiment perkauman
semakin menebal dan akhirnya idea-idea barat ini telah Berjaya menjatuhkan
kerajaan Islam Turki Uthmaniyah. Malahan, pengenalan undang-undang barat juga
telah dibawa masuk yang telah mengetepikan undang-undang Islam yang diguna
pakai selama ini. Pada 1869 Menteri kehakiman Turki Uthmaniyah telah menubuhkan
makhamah sekular yang mengehadkan bidang kuasa mahkamah Syariah.[22]
Hal ini merupakan petanda masyarakat mula lebih memandang dunia dan
mengetepikan undang-undang yang selama ini telah diguna pakai oleh Turki
Uthmaniyah dan mendorong kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Dari sudut politik
dan pentadbiran, kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan pentadbiran ala
barat yang bertunjangkan sistem demokrasi. Kementerian tertentu telah ditubuh
seperti Kementerian Pelajaran (1857), polis (1870) dan Majlis Tanzimat yang berperanan
menasihati Sultan. Tetapi hakikatnya sultan hanya mengikut telunjuk golongan
Pasha dan tanpa sebarang kuasa dalam menentukan dasar negara.[23]
Malahan, kuasa-kuasa Gabenor wilayah
turut dikurangkan. Situasi ini melemahkan kesultanan Turki Uthmaniyah.
4.3 Ketenteraan Yang
Longgar
Kekuatan Turki Uthmaniyah ketika zaman keagungannya adalah dari
segi ketenteraan dan ini terbukti dengan siri-siri perluasan kuasa yang
dilakukan oleh Sultan-sultan terdahulu. Namun, disiplin ketenteraan yang mulai
longgar apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal di dalam kem dan bergaul
dengan masyarakat, seperti dibenarkan berkahwin membuat kerja sampingan
tertutama berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral
seperti minum arak, rasuah dan sebagainya. Janissari tidak lagi menjadi pasukan
elit yang padu dalam kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadap tanggungjawab
luaran mereka dan seringkali kekurangan latihan ketenteraan. [24]
Selain itu, pasukan khas ini sering memberontak terhadap sultan.[25]
Malahan pasukan
tentera telah diwarnai dengan unsur-unsur rasuah dari peringkat atasan hingga
ke peringkat bawahan. Kelemahan disiplin dikalangan pegawai atasan akibat
penjualan jawatan dari peringkat atasan. Pada awalnya, pelantikan adalah
berdasarkan kemampuan berubah apabila peningkatan cukai secara tidak langsung
telah menyebabkan wang menjadi segala-galanya untuk pengimbangan pendapatan.[26]
Disiplin ketenteraan merosot pada semua jentera pusat dan ini menggoyahkan
kerajaan Turki Uthmaniyah ketika menghadapi pemberontakan dalaman dan serangan luaran.
Perlu saya tegaskan, bahawa Turki Uthmaniyah adalah sebuah kerajaan yang luas
dan bagi menampung keluasan ini sistem ketenteraan yang cekap amat penting.
Tetapi, apabila keaadaan ketenteraan yang tenat, pengawalan kawasannya menjadi
lemah dan Turki Uthmaniyah mulai goyah dan secara perlahan-lahan menuju
kejatuhan.
Akibatnya,
pembubaran unit Janissari telah dibuat dan ditentang hebat oleh golongan
Janissari tetapi pembaharuan tetap dibuat oleh Sultan Mahmud II kerana menyedari
kelemahan pasukan Janissari. Pemodenan tentera dibuat pada abad 19 dengan
mengupah pakar asing dan menghantar pegawai kanan menjalani latihan di negara
Barat. Sesiapa sahaja yang mempunyai kewarganegaraan boleh memasuki tentera
berbeza dengan sebelum, ini yang hanya khusus untuk orang Islam sahaja dan
kewajipan membayar cukai gantian yang dikenali ‘askariyyah’ kepada minoriti
lain sebagai ganti perkhidmatan tentera. Sultan Mahmud II misalnya telah
membeli senjata baru dan peralatan senjata kecil yang disembunyikan di
Istananya.[27]
Tetapi langkah ini tetap tidak mampu menandingi negara Barat.
4.4 Pergerakan
Nasiolisme
Turki Uthmaniyah kukuh dalam empayarnya kerana kesatuan yang wujud
di dalamnya. Namun, sejak fahaman sekular mulai meresap dalam nadi masyarakat
yang berbilang kaum di bawahnya, perpecahan mula berlaku dan masing-masing
bersaing sehingga menjerumuskan Turki Uthmaniyah ke jurang kejatuhan. Nasionalisme
yang diimport dari Barat ini merupakan senjata yang amat ampuh. Malahan,
institusi pendidikan sekular dan perkhidmatan pos serta kemudahan perhubungan
lain yang ada membolehkan ideology dan pemikiran baru yang diterapkan Eropah
termasuk konsep revolusi, nasionalisme dan imperialism telah menyuburkan
semangat kebangsaan bangsa Arab dan sentiment memerdekakan tanah Arab dari
Turki yang berkobar-kobar.[28] Gerakan
perkauman ini merupakan faktor
keruntuhan Turki Uthmaniyah kerana ketiadaan sikap bersatu padu ini telah memulakan
fasa penjajahan barat dalam memecahbelahkan Turki Uthmaniyah. Malahan
nasionalisme mengandungi bibit-bibit jahilliyah yang sama dengan semangat
abasiyah yang diharamkan oleh Islam. Nasionalisme inilah yang mengasingkan umat
Islam antara satu sama lain dan menyebabkan mereka terus dikuasai oleh Barat.[29]
Sentimen anti
Turki wujud bermula abad ke-19. Contohnya di Arabia, telah wujud pergerakan
Wahabiyah yang bersifat anti Barat dan menentang dominasi Turki serta menentang
amalan korupsi di dalam TU. Golongan ini berjaya menakluki Mekah tetapi
seketika sahaja sebelum dikalahkan oleh Muhamad Ali Pasha pada 1810 dan
pergerakan ini berjaya menawan kembali Mekah pada 1924. Selain itu, masyarakat Maronite
di Lubnan juga menjalankan sentiment anti-Turki akibat tidak berpuas hati dianggap
masyarakat kelas kedua. Sentimen ini kian memuncak apabila berlakunya gerakan
kemerdekaan Kristian Lubnan pada 1860. Kewujudan sentimen perkauman antara
masyarakat Turki dan Arab ini memuncak pada zaman Sultan Abdul Hamid apabila
beliau telah mengenakan tindakan keras kepada masyarakat Arab dalam proses
melumpuhkan gerakan pemberontakan tetapi sebaliknya tindakan itu ditafsir
sebagai cubaan memenangkan bangsa Turki dan dasar anti-Arab. Sebenarnya, gerakan
kemerdekaan Arab ini telah ditaja oleh
Kristian Barat untuk menjatuhkan kesatuan dunia Islam.
Selain itu, Syarif
Husain telah memberontak terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah pada Jun 1916
melalui komplot yang didalangi British. Syarif Husain sanggup menjual kehormatan
agama kerana terpengaruh dengan janji British. Pemberontakan yang dilakukannya dikenali sebagai pemberontakan
Arab dan Berjaya mengalahkan Turki Uthmaniyah dengan bantuan pihak British.
Kerajaan Turki Uthmaniyah akhirnya runtuh kerana ketamakan Syarif Husain dan
pihak British yang berjaya menguasai kerajaan tersebut.[30]
Nasionalisme Turki
juga berperanan menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah sendiri. Pertubuhan al-Ittihad
wa al-Taraqqi telah membangkitkan semangat perkauman dikalangan masyarakat
Turki. Pertubuhan ini menyeru kepada konsep baru seperti tanah air,
perlembagaan, persamaan dan kebebasan. Matlamat persatuan ini ialah menggulingkan
Abdul al-Hamid II dan menggantikannya
dengan perlembagaan, keadilan dan reformasi. Yang memalukan, matlamat persatuan
ini digariskan oleh orangYahudi dan Freemason yand secara terangannya cuba
memecahbelahkan umat Islam.[31] Akhirnya,
hal ini menjadi kenyataan apabila terhapusnya khalifah Uthmaniyah pada 1924.
Nasionalisme Arab
dan Turki ini berterusan sehingga meletusnya perang dunia yang pertama.
Kemunculan gerakan-gerakan seperti Turki Muda dan sebagainya telah menyebabkan
berlakunya peperangan yang mengugat Turki Uthmaniyah. Kerajaan ini tidak mampu bertahan
dengan serangan dalaman dengan bantuan pihak Barat yang sentiasa menanti untuk
membahagi-bahagikan wilayah Turki Uthmaniyah. Pada akhirnya, selepas Barat menjajah
negara Islam barulah pemimpin gerakan nasionalisme ini mengaku salah dan berpendapat
kerajaan Islam dibawah Turki Uthmaniyah adalah seribu kali lebih baik dari
Barat. Malahan Nasionalisme yang diperjuangkan gagal merealisasikan slogan mereka
iaitu pembaharuan, kebebasan dan keadilan. Nasionalisme Turki, Nasionalisme
Arab seiring dengan perancangan Barat
dalam membangkitkan permusuhan dalaman Turki Uthmaniyah ini berjalan lancar
sehingga mengheret kerajaan Turki Uthmaniyah ke lurah kehancuran.
4.5 Penyelewengan Islam
Ajaran Islam pada saat akhir kerajaan Turki Uthmaniyah, telah
dicemari oleh amalan kurafat dan tahayul yang melampaui batas. Masyarakat Turki
Uthmaniyah semakin lali dan mementingkan keduniaan. Hal ini terbukti apabila
ramai menghiaskan diri dengan tangkal, azimat dan jampi serapah untuk
menghindar diri dari penyakit atau bala bencana. Malahan berlaku pemujaan kubur
seperti memuja kubur wali atau orang yang dianggap keramat.[32]
Arak, candu dan
pelacuran semakin berleluasa dan melemahkan umat Islam. Selain itu, masjid
telah lengang dan terdapat juga masyarakat Turki Uthmaniyah yang berpuas hati dengan
membilang tasbih tanpa melakukan tugas-tugas wajib seperti solat lima waktu. Terpesong
dari ajaran Islam bermakna kelunturan nilai-nilai peribadi dan manusia berpaling
ke arah dunia sehingga memporak-perandakan keadaan masyarakat yang sudah sedia
tenat dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Malahan, yang lebih menyedihkan adalah kemunculan
para sufi yang menyimpang dari al-Quran dan al-Sunnah dan bersekongkol dengan
pihak tertentu dalam menjatuhkan umat Islam itu sendiri.[33]
Situasi ini diakui
oleh Sultan Abdul Hamid II ketika memberi syarahan ketika merasmikan pembukaan
sidang parlimen pertama pada 19 Mac 1877 atau 4 Rabiul Awal 1294 H mengakui
bahawa:
“ … sepanjang 600 tahun, kekayaan dan kebahagiaan negara dan rakyat
jelata sentiasa meningkat menuju kemajuan dan perkembangan di bawah
perlindungan keadilan dan kedaulatan undang-undang, namun setelah itu kita
mulai mengalami kemerosotan secara berperingkat disebabkan kelemahan kita mengikut
dan berpandu dengan syariat Allah. Lalu kekuatan tersebut digantikan dengan
kelemahan.”[34]
Hal ini jelas membuktikan bahawa masyarakat Turki Uthmaniyah yang
telah meninggalkan syariat Islam dari pelbagai sudut ekonomi, sosial dan
politik dan berpaling kepada konsepkeduniaan melumpuhkan nilai-nilai rohani dan
nilai-nilai positif dalam pembentukan jiwadan diri seorang khalifah yang baik
sehingga mendorong kemunculan pelbagaikemaksiatan yang akhirnya menjerat
kerajaan Turki Uthmaniyah.
4.6 Peranan golongan
minoriti
Golongan minoriti dalam Turki Uthmaniyah turut berperanan dalam
menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Golongan tersebut ialah orang Yahudi dan
Armenia. Orang Yahudi merupakan terdiri daripada golongan kaya yang terlibat
dalam perniagaan, perubatan dan jawatan penting lain. Mereka memainkan peranan
penting dari sudut sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi. Kaum Yahudi ini
berperanan selama 400 tahun dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Sultan
Abd Hamid pernah menyatakan bahawa baginda tidak bimbang pemberontakan dari
pihak Rum, Armenia dan Albania kerana mampu memadamkannya, kecuali orang
Yahudi, kerana mereka orang-orang kaya dan sukar menghadapi mereka.[35]
Orang Yahudi terutama
Yahudi al-Dunamah telah melakukan pelbagai cara dalam menjatuhkan Turki
Uthmaniyah termasuk seruan perkauman, sama ada perkauman Arab, Turki, Kurdi dan
lainnya dan dengan mengajak menyertai pertubuhan sulit terutama Freemason.
Mereka turut menggunakan propaganda dan akhbar-akhbar bagi meruntuhkan
khilafah.[36]
Orang Yahudi mempunyai misi dalam mendapatkan Palestin tetapi terhalang oleh
pemimpin-pemimpin Turki Uthmaniyah yang tidak mahu menyerahkan bumi suci itu
kepada kaum Yahudi. Kurusu, seorang peguam Yahudi iaitu wakil peribadi
kepadaTheodore Herzl, pemimpim utama Zionis bersumpah menggulingkan Abdul Hamid
kerana sebelum itu enggan menyerahkan bumi Palestin kepada pihak Zionis.[37]
Hal ini membuktikan pihak Yahudi berperanan penting dalam menjatuhkan kerajaan Turki
Uthmaniyah danmelakukan pelbagai cara dalam menjatuhkan Turki Uthmaniyah dan
sanggup bersekongkol dengan pihak Barat dalam memastikan kejatuhan kerajaan
Turki Uthmaniyah. Seorang penganalisa sejarahTurki berkata: “Boleh dikatakan
dengan tegas dan pasti bahawa revolusi Turki hampir semuanya adalah hasil
konspirasi pihak Yahudi Freemason.[38]
Selain itu, bangsa
Armenia juga berperanan dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Walaupun
awalnya bangsa ini sangat setia dan berpuas hati dengan pemerintahan Turki
Uthmaniyah tetapi hasutan barat dan pendidikan sekular menjadikan mereka bangsa
yang menentang Turki Uthmaniyah. Mereka merupakan pengikut pelbagai Mazhab
seperti Kristian, Khatolik, dan Protestan. Masyarakat Armenia Mempunyai jawatan
dalam jabatan kerajaan, wilayah dan kedutaan pada zaman Sultan Hamid. Mereka
telah bertindak mengkhianati Turki Uthmaniyah dengan membantu Rusia menentang
Turki Uthmaniyah pada 1876 kerana terpengaruh idea Nasionalisme yang telah
diterapkan.[39]
Malahan mereka menubuhkan pergerakan bersenjata yang di pelopori pelajar
Armenia yang mendapat pendidikan di Switzerland dan Perancis. Mereka
mengeluarkan akhbar-akhbar sendiri seperti al-Jaridah dan pihak Inggeris dan
Yahudi telah memberikan bantuan kewangan kepada mereka dalam pergerakan
menjatuhkan Turki Uthmaniyah.
Semasa
pemerintahan Sultan al-Hamid, bangsa Armenia mempunyai 9 akhbar yang mempunyai
hubungan dengan negara Barat.[40]
Barat menggunakan bangsa ini sebagai boneka untuk menjatuhkan Turki Uthmaniyah
kerana mereka merupakan minoriti beragama kristian. Malahan pelajar-pelajar
Armenia yang belajar ke Barat telah bersekongkol dan membuat perjanjian dengan
para pemimpin Parti al-Ittihad wa al-Taraqqi (Satu persatuan Yahudi)
untuk berjuang mengubah perlembagaan, menukar sultan dan lain-lain. Para
pemimpin ini membawa bersama mereka revolusi dan perkauman bagi menentang Turki
Uthmaniyah.[41]
Pengkhianatan dalaman yang dilakukan oleh masyarakat minoriti Turki Uthmaniyah ini
jelas membawa kepada keadaan kucar kacir dan berpecah-belah sehingga menjatuhkan
kerajaan Turki Uthmaniyah.
4.7 Campurtangan Kuasa
Asing
Pihak Barat sentiasa menanti peluang untuk menjatuhkan kerajaan Turki
Uthmaniyah. Oleh kerana soal keagamaan ( permusuhan Kristian dan Islam) dan
ekonomi (Kedudukan dunia arab yang berada ditengah merupakan strategik untuk
perdagangan), kerajaan Turki Uthmaniyah seolah-olah menjadi sebuah kerajaan
yang perlu dijatuhkan. Britain, Rusia, Perancis, Jerman dan Itali sentiasa
memanfaatkan setiap situasi dalam negara Turki Uthmaniyah untuk menjatuhkannya.
Contohnya ketika bangsa Armenia enggan membayar cukai di wilayah Taflis telah
menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah mengambil tindakan. Akhbar-akhbar eropah
membuat serangan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah dengan menuduh Sultan Abdul
al-Hamid melakukan pembunuhan besaran terhadap bangsa Armenia.[42]
Pihak Barat cuba
campurtangan dengan propaganda palsu mempertahankan hak golongan minoriti,
menyebarkan ilmu dan perubatan. Padahal dalam masa yang sama cuba menerapkan
idea Nasionalisme dan hasutan serta membiayai pihak-pihak yang berjuang untuk
menjatuhkan Turki Uthmaniyah. Contohnya parti al-Ittihad wa al-Taraqqi
(nasionalis Turki) telah dibantu oleh majlis Freemason (Yahudi antarabangsa),
Vienna, Budapest, London, Paris dan Berlin.[43]
Hal ini membuktikan bahawa Baratsememangnya memainkan peranan penting dalam
menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah sejak awal lagi iaitu dengan meniupkan
idea Nasionalisme dan seterusnya apabila semangat nasionalisme berkobar-kobar
mereka memberikan bantuan pula untuk menyemarakkanlagi perjuangan dalam
matlamat menggulingkan kerajaan Turki Uthmaniyah.
KESIMPULAN
Seperti membenarkan 'teori kitaran' Ibn Khaldun, kerajaan ini
mengalami kitarannya yang tersendiri. Setelah mengalami beberapa masalah, di
samping kesukaran menjaga wilayah mereka yang luas tersebut, Uthmaniyah
mengalamai kemerosotan. Zaman tersebut telah diambil kesempatan oleh pihak
kuasa Barat untuk bertindak semula mendapatkan wilayah-wilayah yang pernah jatuh
ke tangan Uthmaniyah. Kejatuhan Uthmaniyah ini menandakan berakhirnya
penguasaan empayar islam ke atas dunia. Cuma pengharapan kita agar kejatuhan
ini adalah sementara, bukan 'syahid' yang tidak boleh bangkit lagi. Kebangkitan
seterusnya perlukan perencanaan. Ia mungkin sahaja berbeza bentuknya dengan
penguasaan ke atas teknologi, perdagangan, pendidikan dan seumpamanya. Apa yang
penting, sejarah ini perlu diambil iktibar, bukan semata-mata menjadi catatan
yang tersemat di dalam buku.
Melalui esei yang telah dibincangkan
di atas, jelaslah menunjukkan bahawa kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah bukan
sahaja disebabkan oleh kelemahan pemerintah-pemerintah akhirnya tetapi juga
didorong faktor lain seperti penyelewengan agama Islam, Nasionalisme kaum,
pengkhianatan dalaman dan Ancaman luaran. Kesemua faktor ini saling berkaitan
antara satu sama lain sehingga mempercepatkan proses kejatuhan empayar Khalifah
terakhir ini.
RUJUKAN
Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan
‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah
(Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti). Prospecta Printers. Kuala Lumpur.
Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di
Asia Barat Moden :Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Thinkers Librarys. Selangor.
Mohammad Redzuan Othaman. 1991. Timur
Tengah dan Afrika Utara Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
Ali Muhammad
Ash-Salabi. 2003. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Uthmaniyah. Pustaka
Al-Kausar. Jakarta.
Hamedi Mohd. Adnan. 1991. Krisis Timur Tengah. Penerbit
Amal. Kuala Lumpur.
Marshall G.S. Hogson; Penterjemah
Mohd Razali Masrun. 2004. Kebangkitan Islam: Gambaran dan Sejarah Dalam
Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman MOden Jilid II. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Abdul al-Naim
Muhammad Hanain. 1970. Salajiqah Iran wa al-Iraq. Maktabah al-Nahdah
al-Misriyyah
Gibbson, H.A.R.
The foundation of the Ottoman empire a history of the Osmanlis up to the
death of Bayezid I 1300-1403. t.tp. Frank Cass & C.o
Inalcik, H.
1973. The Ottoman empire the classical age 1300-1600. Ter. Norman Itzkowitz
& Colin Imber. t.tp. Weidenfeld and Nicholson.
[1] Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah
Islamiah (Peranan Gerakan Nasionalis dan
Golongan Minoriti), hlm. 5.
[2] Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan, hlm. 123.
[3] Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm.
56.
[4] Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm.
69
[5] Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah
Utsmaniyah, hlm .403-425.
[6] Ibid., hlm. 404.
[7] Ibid., hlm 528-529.
[8] Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan, hlm. 3.
[9] Harem. merujuk kepada ruangan dalam rumah yang menjadi kediaman
para wanita, iaitu yang terdiri daripada kelompok isteri dan gundik kepada tuan
rumah. Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan, hlm. 4.
[10] Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm.
59.
[11] Marshall G.S. Hogson, Kebangkitan Islam: Gambaran dansejarah dalam
Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden Jil III,hlm.166.
[12] Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan, hlm. 4.
[13] Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Uthmaniyah,
hlm. 712.
[14] Al-Tanzimat ialah perkataan bahasa Arab yang telah memasuki bahasa
Turki Uthmaniyahdalam istilah politiknya. Ia adalah gerakan pembaharuan dan
penyusunan mengikut caraEropah dan pihak Barat. Maknanya dari sudut sejarah
pula ialah gerakan pembaharuandalam TU pada kurun ke-13 Hijrah atau ke-19M
mengikut institusi-institusi dan undang-undang eropah. Lihat Eeman Mohamed
Abas, Sultan Abd Al-Hamid II dan kejatuhan KhilafahIslamiah, hlm. 39.
[15] Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan
Islam: Gambaran dansejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan
Zaman Moden jil III, hlm. 200.
[16] Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan, hlm. 126-127.
[17] Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan
Islam: Gambaran dansejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan
Zaman MOden jil III, hlm.303
[18] Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm.
102.
[19] Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan
Islam: Gambaran dansejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan
Zaman MOden jil III, hlm. 302.
[20] Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm.
103.
[21] Ibid., hlm. 104
[22] Ibid.
[23] Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan
Pergolakan, hlm.162.
[24] Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm
65.
[25] Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan
Pergolakan, hlm.4.
[26] Marshall G.S. Hogson, Mohd Razali Masrun (terj.), Kebangkitan
Islam: Gambaran dansejarah dalam Tamadun Dunia. Empayar Serbuk Letupan dan
Zaman Moden jil III, hlm. 150-151.
[27] Mohammad Redzuan Othaman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, hlm.
91.
[28] Hamedi Mohd. Adnan, Krisis Timur Tengah, Penerbit Amal, 1991, hlm.
17
[29] Fadhlullah Jamil,Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan, hlm. 56.
[30] Ibid., hlm. 70-71.
[31] Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah
Islamiah(Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm. 306.
[32] Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan
Pergolakan, hlm. 5-6
[33] Ali Muhammad Ash- Salabi, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah
Utsmaniyah, hlm. 733.
[34] Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah
Islamiah(Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm.97.
[35] Ibid., hlm. 510.
[36] Ibid., hlm. 511.
[37] Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan
Pergolakan, hlm.163.
[38] Eeman Mohamed Abbas, Sultan ‘Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah
Islamiah(Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti), hlm. 436.
[39] Ibid., hlm. 622.
[40] Ibid., hlm. 639.
[41] Ibid., hlm. 640-641.
[42] Ibid., hlm. 638.
[43] Ibid., hlm. 436.
No comments:
Post a Comment