4.1 BADAR
KUBRA
Perang
Badar (Bahasa Arab: غزوة
بدر),
berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah (2 H) (17 Mac 624 M) di
Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab (kini Arab Saudi). Ia
merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan
titik perubahan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak
lawannya di kalangan Quraisy di Makkah.
Antara
faktor tercetusnya peperangan ini disebabkan orang Musyrikin Mekah
telah menghalau orang Islam dari Mekah dan harta benda mereka
terpaksa ditinggalkan di Mekah. Tambahan pula orang Musyrikin cuba
menghapusakan umat Islam di Madinah kerana mereka bimbang orang Islam
akan menguasai perdagangan kerana Madinah terletak antara Mekah dan
Syam. Jadi perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah tidak menyenagkan
hati orang Quraisy kerana perpindahan itu menguatkan lagi kedudukan
orang Islam dan memudahkan Rasulullah menyebarkan agama Islam.
Sebagai
tindak balas terhadap perampasan harta yang di lakukan pihak
Musyrikin Mekah terhadap umat islam maka Rasulullah telah mengajak
para sahabat dan orang-orang islam untuk menyekat kafilah dagang
Quraisy yang akan kembali ke Mekah setelah berdagang di Syam.Kafilah
ini telah diketuai oleh Abu Suffian bin Harb yang sarat dengan
membawa muatan harta dan barangan penduduk Mekah,terdiri dari seribu
ekor unta penuh dengan muatan harta benda,dianggarkan tidak kurang
dari lima puluh ribu dinar emas dan pengwal hanya 40 orang
sahaja.(Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri : 2013 : 275). Kesemua
harta tersebut merupakan harta yang ditinggalkan kaum Muslimin ketika
berhijrah ke Madinah. Pihak Quraisy menjual semua barangan mereka dan
menggunakan duit tersebut untuk menaja kafilah tersebut untuk
mempermain-mainkan pihak Muslimin. Maka inilah peluang keemasan yang
harus diambil oleh orang islam dan pukulan tepat pada sasaran
ketenteraan,politik dan ekonomi terhadap musyrikin sekiranya semua
harta ini dapat dirampas dari tangan mereka.Dengan itu Rasulullah
mengisytiharkan kepada kaum muslimin dengan sabdanya yang
bermaksud’’ini dia kafilah Quraisy yang penuh dengan harta
mereka,ayuh keluarlah kamu semoga Allah menjadikannya sebagai harta
rampasan perang kamu.”
.(Shaikh
Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri : 2013 : 276).
Bilangan
orang islam yang menyertai misi ini seramai 313 atau 314
orang.Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan Ansar.Mereka
membawa 70 ekor unta dan 2 atau 3 ekor kuda sahaja.(Mustafa Sibaie :
44).
Namun
begitu,kafilah Quraisy yang diketuai oleh Abu Suffian telah berjaya
meloloskan diri daripada sekatan tersebut.
Walaupun
Berjaya meloloskan diri, Abu Suffian telah bertindak dengan
menghantar utusan iaitu Damdam bin Amru al-Ghafari kepada pihak
Qurasiy di Mekah untuk keluar melindunginya.
Rentetan
daripada permintaan itu,pihak Quraisy telah keluar menuju ke Madinah
dengan bilangan kira-kira 1000 orang tentera yang diketuai oleh Abu
Jahal.Antaranya 600 orang tentera berbaju perisai,100 ekor kuda yang
di pakaikan dengan 100 baju perisai.Mereka turut membawa
penyanyi-penyanyi perempuan yang memukul gendang dan menyanyi
mengutuk islam.
.(Mustafa
Sibaie : 44).
Kedatangan
kaum Musyrikin bukan untuk menyelamatkan barang dagangan mereka
tetapi untuk menewaskan umat Islam.
Perkhabaran
tentang kemaraan tentera musyrikin Mekah sampai kepada pengetahuan
Rasulullah ketika baginda dan kaum muslimin menuju ke satu tempat
bernama Badar iaitu tempat yang dijangkakan oleh Rasulullah untuk
menyekat kafilah Abu Suffian.Hal ini telah menyebabkan Rasulullah dan
kaum muslimin terkejut dengan kemaraan bala tentera musyrikin Mekah
itu.
Memandangkan masih terdapat masa untuk berundur dan disebabkan
kebanyakan tentera mereka adalah baru sahaja memeluk Islam (dipanggil
Ansar atau "Penolong" untuk membezakan dengan Muslim
Quraisy), yang cuma bersumpah untuk melindungi Madinah maka baginda
telah meminta pendapat daripada kaum muslimin sama ada untuk
meneruskan atau tidak perperangan ini. Di bawah fasa Piagam Madinah,
adalah hak mereka untuk tidak berperang atau meninggalkan tentera
yang lain. Walau bagaimanapun, mengikut riwayat, mereka berjanji
untuk berjuang bersama Rasulullah.Telah berkata Saad bin Muaz (ketua
Ansar) kepada Rasulullah “Kami sudah beriman kepada engkau, kami
sudah membenarkan akan engkau dan mengakui bahawa apa yang engkau
bawa kepada kami adalah hak, kami sudah berjanji akan tunduk dan
taat. Maka teruskanlah, ya Rasulullah, dengan apa yang engkau
kehendaki, kami akan selalu bersama engkau. Demi Tuhan yang telah
mengutus engkau dengan hak, sekiranya engkau harus menyelam lautan
itu, kami akan menyelaminya bersama engkau. Tak seorang pun diantara
kami yang akan mundur. Kami tidak takut apa pun yang akan dilakukan
musuh terhadap diri kami, kami adalah orang-orang yang tabah dalam
perang. Mudah-mudahan Allah memperlihatkan kepada engkau apa-apa yang
menyenangkan hati engkau, sehingga kami akan senang pula dengan
berkat dari Allah”.
Lantaran
daripada kesungguhan itu Rasulullah dan kaum muslimin terus bergerak
ke Badar.Sesampainya di Badar,para sahabat telah memberi pendapat
kepada Rasulullah untuk memilih lokasi yang sesuai dan strategik
untuk kaum muslimin membina markas dan bertempur. Seorang sahabat
bernama Habbab bin Munzir mendatangi Rasulullah dan berkata:
Apakah
kedudukan yang engkau pilih ini menurut perintah (wahyu) dari Allah?
Kalau memang begitu, kita tidak akan beranjak dari kedudukan ini.
Tetapi kalau hanya pendapat Rasulullah sendiri berdasarkan siasat
atau strategi semata-mata, maka saya berpendapat lain. Lebih baik
kita mengambil kedudukan ditempat yang lebih rendah, dekat sumber air
yang akan diperguna-kan oleh musuh-musuh itu. Kita buat tangki-tangki
dan kita gali perigi, lalu kita penuhi dengan air dari sumber itu,
kemudian sumber itu kita timbun dengan tanah. Biar musuh tidak dapat
air minuman, agar mereka menderita dahaga, sedang kita terus
bertempur dengan persediaan air yang banyak itu. .(Mustafa Sibaie :
44).
Pendapat
Habbab ini dibenarkan oleh Rasulullah, kerana Rasulullah mengambil
tempat kedudukan yang pertama tadi itu tidak berdasarkan perintah
dari Allah,ianya semata-mata pendapat peribadi baginda
sendiri.Seluruh pasukan dikerahkan untuk membuat tangki-tangki dan
menggali perigi, mengisinya dengan air sebanyak mungkin, lalu menutup
sumber air yang akan dipergunakan oleh musuh itu. Para sahabat pun
membuat sebuah gubuk untuk Rasulullah, tempat beliau memberikan
arahannya.
Saat
pertempuran tercetus,melihat kepada bilangan tentera islam yang
bilangannya amat kecil berbanding tentera musyrikin Rasulullah tidak
berhenti-henti berdoa meminta pertolongan daripada Allah.Antara doa
yang dibaca Rasulullah adalah
“Ya
Allah! Penuhilah janjiMu untuk memberi kemenangan. Kalau ummat yang
kecil ini binasa (kalah), maka akan menanglah agama berhala dan tidak
akan ada lagi orang yang menyembahMu di muka bumi.”
Ketika
angin berhembus dengan kencangnya ke arah tempat musuh. Pasir padang
pasir berterbangan seperti asap tabir yang amat tebal. Angin secara
tiba-tiba berhembus ke arah tentera musuh, maka hal itu telah
menguntungkan pihak ummat Islam yang dipimpin Nabi. Bukan sahaja
tentera musyrikin sahaja yang gugur,bahkan banyak panglima-panglima
tentera musuh, seorang demi seorang tewas di hujung mata pedang
diantaranya ‘Utbah, Syaibah, al-Walid, Umaiyah bin Khalaf, Abul
Bukhtary, Hamzah anak Abu Sufyan.Dengan pertolongan Allah Taala maka
tentera islam telah berjaya dalam pertempuran ini.Hal ini menyebabkan
kaum musyrikin di Mekah merasa amat marah dengan berita kekalahan
tentera mereka dengan tentera islam.
4.2 UHUD
Perang
Uhud terjadi pada pertengahan bulan Sya’ban tahun 3 Hijriah
bertempat di kaki bukit Uhud yang terletak di sebelah utara kota
Madinah. Kekalahan pasukan kafir Quraisy dalam perang Badar,
menimbulan dendam terhadap kaum muslimin. Oleh sebab itu, mereka
bertekad untuk mengalahkan dan menghancurkan umat Islam. Agar
kekalahan pahit di perang Badar tidak terulang, maka mereka membentuk
pasukan besar yang berjumlah 3000 orang. Mereka berasal dari berbagai
kabilah, seperti kabilah Quraisy, Tihamah, Kinanah, Bani Al-Harits,
bani Al Haun, Bani Al Mustaliq. Abbas bin Abdul Muthalib, bapa
saudara Nabi yang pada waktu itu belum masuk Islam.
Nabi segera
bermusyawarah dengan para sahabat untuk mangambil keputusan. Sahabat
bercadang agar peperangan diadakan di luar kota, agar tidak
menimbulkan kerosakan terhadap kota Mdinah. Seribu pasukan dihimpun
untuk menghadapi serangan musuh, mereka pergi menuju ke kaki bukit
Uhud. Namun, Abdullah bin Ubay seorang munafik Madinah menghasut
sebagian pasukan Islam, sehingga 300 orang berbelot dan tidak
menertai peperangan. Tentera Islam hanya tinggal 700 orang.
Setelah
sampai di bukit Uhud, Nabi Muhammad segera mengatur strategi dan
taktik berperang. Lima puluh orang ahli panah yang dipimpin oleh
Abdullah bin Jahir ditempatkan di atas bukit untuk menghalang pasukan
kafir yang berkuda. Rasulullah
berpesan kepada mereka agar tidak meninggalkan tempat, apa pun yang
terjadi. Pasukan penyerang dan pasukan berkuda ditempatkan di bawah
bukit. Perang di mulai dengan pertempuran satu lawan satu. Pihak
musuh menghantar empat bersaudara, yaitu Talhah bin Abi Talhah, Usman
bin Abi Talhah, As’ad bin Abi Talhah, dan Musami bin Abi Talhah.
Sedangkan dari pihak muslimin hanya menghatar dua perwira perkasa,
iaitu Ali bin Abi Talib dan Hamzah bin Abdul Muthalib. Namun keemapt
musuh dari pihak kafir itu dapat ditewas dengan mudah. Talhah dan
As’ad dibunuh oleh Hamzah, sedangkan Usman dan Musami tewas di
tangan Ali.
Setelah itu, perang
berlaku seluruhnya dan pasukan kafir meninggalkan medan perang.
Melihat keadaan itu, pasukan muslim merasa telah mendapat kemenangan
dan mereka ingin segera mendapatkan harta rampasan yang di tinggalkan
musuh. Pasukan pemanah berlari turun ke bawah bukit bagi mengambil
harta rampasan untuk bahagian mereka. Sedangkan pada saat yang sama,
pasukan pemanah kafir yang dipimpin oleh Khalid bin Walid segera
menyerang dari bukit Uhud dengan serta merta. Tentera Islam telah
berada dalam keadaan bahaya dan tidak lagi selamat. Oleh itu, ramai
yang gugur syahid dalam peperangan ini.
Di
tengah kelam-kabut
peperangan, muncul berita bahawa Rasulullah
terbunuh. Berita tersebut berasal dari pihak orang kafir dengan
maksud melemahkan mental pasukan Islam. Rasulullah sendiri sebenarnya
sedang berperang sehingga terjatuh ke dalam lubang. Namun pasukan
Islam yang bertugas melindungi keselamatan jiwa Nabi seperti Ali bin
Abi Thalib, Abu Dujanah, Sa’ad bin Abi Waqas dan Umu Umarah
(pahlawan wanita yang setia membela Rasulullah) segera menolong
beliau. Rasulullah
pun selamat lalu dikhabarkan kepada kaum muslimin bahawa Rasulullah
masih hidup.
Peperangan
tersebut di menangkan oleh pasukan kafir Quraisy. Kaum muslimin
mengalami kekalahan yang cukup parah. Lebih dari 70 orang gugur
sebagi syuhada' termasuk bapa saudara Nabi sendiri Hamzah Bin Abdul
Muthalib dan puluhan lainnya mengalami luka berat dan ringan.
Sedangkan pasukan kafir segera menarik diri dan beranjak menuju
kampung halaman mereka di Mekah. (Syuhada : 2011)
4.3 KHANDAQ
Khandaq
erinya parit. Perang ini dinamakan Khandaq kerana orang Islam
menggali parit yang besar sebagai strategi pertahanan. Panjangnya 12
000 hasta. Strategi ini adalah idea seorang sahabat yang bernama
Salman Al-Farisi.
Perang
Khandaq ini terjadi pada Syawal 5 Hijriah atau 627 Masihi dan berlaku
di sebelah utara kota Makkah. Perang Khandaq juga dikenali sebagai
Perang Ahzab yang bererti sekutu atau gabungan. Tentera Quraisy telah
bergabung dengan tentera dari golongan lain antaranya Bani Nadhir,
Bani Ghadafan, Bani Murrah, Bani Al-Asyja', Bani Salim, Bani Asad dan
sebagainya. Mereka menghantar bala tenteranya sebanyak 10 000 orang
manakala tentera Islam sebanyak 3 000 orang.
Kaum
Quraisy semakin bersemangat apabila mereka menang dalam Perang Uhud.
Kemenangan ini membuatkan mereka kembali memerangi kaum Muslimin.
Mereka juga memepunyai dendam yang membara dalam hati dan sentiasa
berusaha menghancurkan kekuatan Islam. Hasutan Bani Nadhir menguatkan
lagi semangat untuk menentang kaum Muslimin. Mereka amat berdendam
dengan orang Islam kerana mereka diusir daripada Madinah. Mereka
diusir kerana muslihat jahat mereka terbongkar. Mereka merancang
membunuh Nabi Muhammad.
Setelah
parit selesai digali, tentera Islam berselindung di kota Madinah.
Parit besar tersebut berjaya menghalangi musuh dari seerangan depan.
Musuh terpaksa berkhemah setelah gagal menyeberanginya. Mereka
memanah, melontar tombak dan batu mentuk memancing tentera Islam
keluar. Mereka berasa bosan setelah pelbagai usaha yang dibuat gagal.
Mereka memujuk Kaum Yahudi Bani Quraizah agar menyerang dari
belakang. Nu'aim Bin Mas'ud menawarkan diri untuk menjalankan satu
tipu muslihat. Ini bertujuan untuk memecah belah musuh-musuh Islam.
Rancangan ini berjaya kerana mereka tidak mengetahui Nu'aim telah
memeluk Islam. Perancangan musuh untuk mememasuki kota Makkah gagal
apabila mereka curiga ada yang membelot dalam kalangan mereka. Ribut
pasir selama 3 hari melemahkan lagi perancangan mereka. Akhirnya,
mereka kecewa dan putus asa lalu pulang dari medan perang. Kemenangan
ini diperoleh oleh tentera Islam hasil dari pertolongan Allah Yang
Maha Kuasa.
4.4 BANI
QURAIZAH
Berlaku
pada tahun kelima hijrah, tidak lama selepas berakhirnya Ghazwah
Ahzab. Ketika saat-saat genting perang Ahzab berlaku, mereka
membatalkan perjanjian bersama Rasulullah. Setelah berakhirnya perang
Ahzab, Rasulullah merasakan kota Madinah mesti dibersihkan daripada
anasir-anasir yang boleh membahayakan masa depan Islam.
Al-Bukhari
meriwayatkan daripada Aisyah R.A bahawa apabila Rasulullah pulang
dari Ghazwah Ahzab, baginda telah meletakkan senjata untuk mandi.
Tatkala itu, datang Jibril menemui baginda dan berkata,” "Kamu
telah meletakkan senjata? Demi Allah aku belum meletakkannya."Baginda
bertanya, "Di mana?"Jibril menjawab, "Di sana".
Seraya menunjuk ke arah Bani Quraizah.Aishah berkata, "Maka
Rasulullah keluar memerangi mereka."
Rasulullah
mengarahkan seorang sahabat menyeru kepada para tentera supaya tidak
menunaikan solat Asar kecuali setelah sampai di perkampungan Bani
Quraizah. Kemudian baginda keluar bersama mereka. Panji-panji telah
dibawa oleh Ali R.A. Tentera Islam yang menuju ke medan jihad
berjumlah 3000 orang berserta 36 ekor kuda. Ketika Ali R.A.
menghampiri kubu Bani Quraizah, dia telah mendengar mereka mengutuk
Rasulullah dan isteri-isteri baginda. Beliau telah memberitahu kepada
Rasulullah tentang hal tersebut dan melarang baginda daripada
mendekati Bani Quraizah. Baginda menjawab, apabila Bani Quraizah
melihat baginda, mereka tidak akan memperkata sesuatu yang buruk
kerana sikap pura-pura dan mengampu mereka. Ternyata benar, apabila
baginda mendekati mereka, mereka akan berpura-pura baik dengan
Rasulullah.
Tentera
Islam telah mengepung mereka selama 25 malam dan akhirnya mereka
menyerah. Rasulullah telah memberikan amanah kepada Sa'ad bin Muaz,
penghulu kaum Aus untuk mengadili mereka. Bani Quraizah merupakan
sekutu kepada kaum Aus. Sa'ad telah menghukum pejuang-pejuang Bani
Quraizah dibunuh, zuriat mereka dijadikan tawanan dan harta mereka
dibahagi-bahagikan sesama tentera Islam. Dalam peperangan ini, turun
ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan pembelotan kaum Yahudi ke atas
perjanjian dan sikap mereka yang tidak menolong orang Islam dalam
perang Khandaq. Firman Allah Taala :
وَإِذۡ
قَالَت طَّآئِفَةٞ مِّنۡهُمۡ يَٰٓأَهۡلَ
يَثۡرِبَ لَا مُقَامَ لَكُمۡ فَٱرۡجِعُواْۚ
وَيَسۡتَٔۡذِنُ فَرِيقٞ مِّنۡهُمُ
ٱلنَّبِيَّ يَقُولُونَ إِنَّ بُيُوتَنَا
عَوۡرَةٞ وَمَا هِيَ بِعَوۡرَةٍۖ إِن
يُرِيدُونَ إِلَّا فِرَارٗا ١٣ وَلَوۡ
دُخِلَتۡ عَلَيۡهِم مِّنۡ أَقۡطَارِهَا
ثُمَّ سُئِلُواْ ٱلۡفِتۡنَةَ لَأٓتَوۡهَا
وَمَا تَلَبَّثُواْ بِهَآ إِلَّا
يَسِيرٗا ١٤ وَلَقَدۡ كَانُواْ عَٰهَدُواْ
ٱللَّهَ مِن قَبۡلُ لَا يُوَلُّونَ
ٱلۡأَدۡبَٰرَۚ وَكَانَ عَهۡدُ ٱللَّهِ
مَسُۡٔولٗا ١٥قُل لَّن يَنفَعَكُمُ
ٱلۡفِرَارُ إِن فَرَرۡتُم مِّنَ ٱلۡمَوۡتِ
أَوِ ٱلۡقَتۡلِ وَإِذٗا لَّا تُمَتَّعُونَ
إِلَّا قَلِيلٗا ١٦
Maksudnya
:
“Dan
juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai
penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang
di sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian dari mereka pula
meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya
rumah-rumah kami memerlukan perlindungan", pada hal ia tidak
memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri
(dari berjuang menegakkan Islam)(13) Dan kalaulah tempat-tempat
kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya,
kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu
mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang
itu melainkan sebentar sahaja.(13) Pada hal sesungguhnya mereka
telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak
akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan
(ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang
penyempurnaannya).(15) Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah
kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan
melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu;
dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak
juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa
sahaja"(16).”
(Surah Al-Ahzab : 13-16)
4.5 BANI
MUSTHALIQ
Perang
Bani Musthaliq
ini terjadi pada Syaban 6 Hijriah. Walaupun ia bukan perang besar,
peristiwa perang menggemparkan masyarakat Islam akibat kata-kata
orang-orang munafik. Di bawah pimpinan Harist bin Abu Dhirar dan
kabilah-kabilah Arab, bala tenteranya menuju ke Madinah untuk
memerangi Rasulullah SAW.
Setelah
mendapat kepastian akan berita itu, Rasulullah segera memimpin
pasukan menuju ke perkampungan Bani Musthaliq. Rasulullah
SAW bersama 730 pasukan dan 30 di antaranya adalah pasukan penunggang
kuda.
Turut sertai peperangan ini seorang pembesar munafiq, Abdullah bin
Ubay bin Salul. Urusan Madinah, baginda diserahkan kepada Zaid bin
Haritsah. Setiba di Muraisi, mata air di Qudaid , beliau dan tentera
Islam berhenti rehat dan mengatur strategi. Bendera muhajirin di
pegang Abu Bakar, sedangkan bendera Anshar dipegang Sa’ad bin
Ubadah. Terjadilah pengepungan secara ketat terhadap Bani Musthaliq
lalu dengan mudah dapat dilumpuhkan. Harta, anak-anak, dan wanita
ditawan kaum muslimin. Antara tawanan itu terdapat Juwairiyah binti
Al-Harist yang kemudian menjadi isteri Rasulullah SAW.
Sebelum itu,
Rasulullah mengundi isteri-isteri baginda, maka Aisyah terpilih untuk
menyertai peperangan. Dalam perjalanan , Aisyah keluar untuk suatu
hajat hingga dia kembali lagi. Namun, para pasukan telah berlalu
pergi. Dia duduk menunggu di tempat hingga tertidur kerana kepenatan.
Shafwan bin Muatthal melintas dan terkejut melihat isteri Rasulullah
tertinggal. Lalu dia menyuruh Aisyah naik ke untanya untuk bergerak
sekali dalam barisan pasukan, sedangkan dirinya berjalan. Apabila
tiba, Abdullah bin Ubay bin Salul menyebarkan fitnah dengan
menuduhkan bahawa isteri Rasulullah, telah berbuat dosa iaitu zina.
Berita bohong itu tersebar di kalangan umat Islam. Rasulullah
mendapat pelbagai pandangan dari para sahabat hingga beliau terus
bertanya kepada Aisyah. Lalu turunlah wahyu surah An-Nur 24 ayat 11
yang menegaskan berita tersebut adalah fitnah semata-mata.
4.6 KHAIBAR
Khaibar
adalah daerah yang diduduki oleh kaum Yahudi setelah diusir
Rasulullah dari Madinah apabila mereka melanggar perjanjian damai.
Di sana mereka menyusun strategi untuk membalas dendamnya terhadap
Rasulullah, Islam, dan kaum muslimin. Dendam
Yahudi memang telah tertumbuh dalam hati apabila Bani Qainuqa, Bani
Nadhir diusir, terbunuhnya dua tokoh mereka dan sejumlah tokoh mereka
yang dibunuh oleh kaum muslimin.
Pada
bulan Muharram tahun ketujuh Hijriahm Rasulullah bersama 1400 sahabat
yang ikut di Hudaibiyah berangkat menuju ke Khaibar. Apabila mereka
pulang dari Hudaibiyah Allah menurunkan ayat sebagai janji kemenangan
dari-Nya dan perintah untuk memerangi Yahudi di Khaibar dengan
balasan mendapat harta rampasan yang banyak. Para sahabat berangkat
dengan penuh keyakinan dan besar hati terhadap janji Allah. Mereka
mengetahui bahawa Khaibar merupakan perkampungan Yahudi yang paling
kokoh dan kuat dengan benteng berlapis dan persenjataan serta
kelengkapan perang yang bagus. Mereka berjalan sambil bertakbir dan
bertahlil dengan mengangkat suara tinggi sehingga Rasulullah melarang
mereka dan memerintahkan agar merendahkan suara sebab Allah Maha
Dekat, bersama kalian, tidak tuli, dan tidak jauh.
Sebelum
subuh, mereka tiba di halaman Khaibar, sedangkan kaum Yahudi tidak
mengetahui. Kaum muslimin menyerang dan mengepung benteng-benteng
Yahudi, tetapi sebagian sahabat pembawa bendera perang tidak berhasil
menguasai dan mengalahkan mereka hinga Rasulullah bersabda, “Esok
akan kuserahkan bendera perang kepada seseorang yang Allah dan
Rasul-Nya mencintai dan dia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya. Allah
akan memenangkan kaum muslimin lewat tangannya.”
Maka para sahabat bergembira dengan kabar ini dan semua berharap agar
bendera tersebut akan diserahkan kepadanya, hingga Umar berkata, “Aku
tidak pernah menginginkan kebesaran, kecuali pada Perang Khaibar.”
Pada pagi hari itu, para sahabat bergegas untuk berkumpul di hadapan
Rasulullah. Masing-masing berharap akan diserahkan bendera itu
kepada mereka. Akan tetapi, Rasulullah memilih Ali r.a.. Walaupun Ali
sakit di bahagian mata, Rasulullah meniup lalu terus sembuh penyakit
matanya. Ali pun ditugaskan memegang bendera itu.
Ketika
berlakunya pengepungan benteng-benteng Yahudi, tiba-tiba pahlawan
andalan mereka bernama Marhab mengajak sahabat untuk perang
seorang-seorang. Amir bin Akwa melawannya dan beliau terbunuh mati
syahid. Lalu Ali melawannya hingga membunuhnya dan menyebabkan kaum
Yahudi merasa takut. Benteng Khaibar terdiri dari tiga lapis, dan
masing-masing terdiri atas tiga benteng. Kaum muslimin memerangi dan
menguasai benteng demi benteng. Setiap kali Yahudi kalah dari
pertahanan pada satu benteng, mereka berlindung dan berperang dalam
benteng lainnya hingga kemenangan mutlak berada di tangan kaum
muslimin. Dalam peperangan ini, kaum Yahudi yang terbunuh adalah
puluhan orang, sedang wanita dan anak-anak ditawan. Termasuk dalam
tawanan adalah Shofiyah binti Huyai yang jatuh di tangan Dihyah
al-Kalbi lalu dibeli oleh Rasulullah darinya. Beliau mengajaknya
masuk Islam lalu menikahinya dengan mahar memerdekakannya. Adapun
yang mati syahid dari kaum muslimin sebanyak belasan orang.
Kaum
Yahudi tidak pernah dan tidak akan berhenti dari mendendam terhadap
Nabi dan Islam kerana tabiat mereka. Seorang wanita Yahudi yang
berdendam besar, memberi hadiah hidangan daging kepada dengan ditaruh
racun yang banyak padanya. Apabila baginda memakan, daging tersebut
berkata kepada beliau bahawa ia beracun. Maka beliau memuntahkannya.
Ini merupakan mukjizat Rasulullah. Bisri bin Baru yang ikut makan
bersama Rasulullah meninggal dunia kerana racun tersebut. Sebab itu,
Rasulullah membunuh wanita ini sebagai qisos. Setelah Yahudi kalah,
Nabi ingin mengusir mereka dari Khaibar. Akan tetapi mereka memohon
kepada baginda agar membiarkan mereka menjaga pertanian dengan
perjanjian bagi hasil. Maka Rasulullah menerima permohonan itu dengan
syarat.
4.7 FATHU
MAKKAH
Peristiwa
perang Mu’tah yang terjadi antara tentara Islam dan pasukan Romawi
di mata orang-orang Quraish sebagai pertanda kelemahan Islam. Melihat
peristiwa tersebut, mereka melakukan provokasi dengan cara membantu
sekutu mereka Bani Bakr menyerang orang Islam Bani Khaza’ah di
sebuah mata air yang dimiliki oleh bani Khaza’ah. Penyerangan yang
menewaskan 20 orang anggota Khaza’ah dilaporkan oleh Amr bin Salam
kepada Rasulullah saw yang ketika itu berada di Madinah. Perbuatan
Quraish membantu Bani Bakr menyerang Bani Khaza’ah merupakan sebuah
pelanggaran terhadap perjanjian diantara Muslimin dan Quraish.
Perjanjian tersebut terjadi pada bulan Dzulqaidah tahun ke-6 Hijriah
di sebuah tempat antara Mekkah dan Madinah bernama Hudaibiyah.
Di
Madinah Rasulullah SAW menyeru semua sahabat dari Muhajirin dan Ansar
untuk bersiap melakukan serbuan. Seruan Rasulullah bukan hanya
dijawab oleh seluruh sahabat Muhajirin dan Ansar malah para penduduk
kabilah-kabilah sekitar Madinah. Tercatat sekitar 10.000 orang
tergabung dalam pasukan besar Islam yang segera berangkat ke Mekkah
dibawah pimpinan Nabi Muhammad SAW sendiri. Di sebuah tempat bernama
Juhfah sekitar 23 km dari Mekkah, Abbas bin Abdul Muthalib bapa
saudara nabi menemui baginda dan menyatakan ingin bergabung dengan
pasukan Islam. Bergabungnya Abbas bin Badul Muthalib diikuti oleh Abu
Sufyan bin Haris bin Abdul Muthalib, sepupu nabi dan Abdullah bin Abi
Umayyah bin Al-Mughirah. Dengan bergabungnya Bani Hasyim, pasukan
Islam pun bertambah kuat.
Sebelum
memasuki kota Mekkah, pasukan muslimin berkhemah di sebuah daerah
bernama Marr Al-Zhahran. Rasulullah memerintahkan agar pasukan
muslimin membuat sebuah unggun api yang besar. Jika dilihat penduduk
Mekkah akan menyebabkan rasa takut di hati mereka. Dengan unggun api
besar tersebut ternyata Abu Sufyan merasa takut ketika mengintai
terhadap tentara Islam. Abu Sufyan dengan didampingi oleh Abbas bin
Abdul Muthalib pergi ke perkhemahan tentera Islam dan menemui nabi
kemudian menyatakan syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah dan
Muhammad SAW adalah utusan Allah. Pembebasan kota Mekkah terjadi pada
tanggal 20 Ramadhan tahun 8 Hijriah. Rasulullah berpesan kepada
pasukannya agar tidak melakukan pertempuran dan jangan sampai
menitiskan darah kecuali terpaksa. Tentara Islam kemudian dibagi
menjadi 4 penjuru, penjuru pertama dipimpin oleh Zubair bin Al-Awwam
dengan tugas memasuki Mekkah dari sebelah utara, penjuru kedua
dipimpin oleh Khalid bin Walid dengan tugas memasuki Mekkah dari
selatan, penjuru ketiga dipimpin oleh Sa’d bin Ubadah yang kemudian
diganti oleh putranya Qais bin Sa’d dengan tugas memasuki kota
Mekkah dari arah barat dan penjuru terakhir dibawah pimpinan Abu
Ubaidah bin Al-Jarrah yang bersama-sama Rasulullah memasuki kota
Mekkah dari arah barat laut di kaki bukit Hind. Seluruh pasukan
muslimin berjaya memasuki kota Mekkah tanpa menumpahkan darah kecuali
pasukan Khalid bin Walid yang mendapat pentempuran dari sekelompok
pemuda Quraish yang dipimpin oleh Ikrimah bin Abu Jahl. Pertempuran
kecil tersebut mengakibatkan 2 orang tentara Islam syahid.
Bersama-sama mereka mengumandangkan takbir, tasbih dan tahmid menuju
ke Baitullah, Ka’bah yang telah lama ditinggalkan oleh umat yang
menyembah Allah. Rasulullah bersama pengikutnya bersama-sama
membersihkan Ka’bah dari berhala-berhala. Dengan tongkat di tangan,
Rasulullah menunjuk ke arah berhala-berhala lalu membaca ayat
Al-Qur’an :
وَقُلْ
جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ
إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
“Dan
katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”.
Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
(Surah Al-Isra : 81)
Setelah
seluruh berhala dan gambar-gambar dihapuskan dari Ka’bah,
Rasulullah menyeru sahabat Billal bin Rabbah untuk mengumandangkan
Azan di atas Ka’bah. Kemudian muslimin dipimpin oleh Rasulullah
selaku imam melaksanakan solat berjemaah. Sementara
muslimin rasa haru dalam hati mereka setelah melaksanakan solat
berjemaah di Masjidil Haram. Penduduk Mekkah berkumpul di depan
Ka’bah dengan tertunduk lesu menyesali segala perbuatan jahat
mereka terhadap Rasulullah dan pengikutnya. Mereka pasrah jika
Rasulullah saw menuntut balas atas segala perbuatan keji yang telah
mereka lakukan. Namun, baginda memaafkan kesilapan mereka yang lalu.
Itulah kemuliaan peribadi banginda.
4.8 HUNAIN
Pembukaan
kota Makkah berlaku dalam satu masa yang terlalu singkat. Selepas
satu pukulan mengejut, membingungkan seluruh bangsa Arab dan
menjadikan seluruh qabilah yang berhampiran dengannya terkejut,
mereka tidak berdaya untuk menghalanginya. Oleh yang demikian mereka
tidak ada jalan selari dari menerima sahaja hakikat yang berlaku,
kecuali beberapa qabilah yang gagah, ganas dan bongkak, terutamanya
seperti suku Hawazin. Qabilah ini terasa berat untuk menerima
kemenangan Islam. Oleh yang demikian, mereka telah bersekutu dengan
Malik bin Auf al-Nasri dan membuat keputusan untuk bergerak mara
memerangi kaum muslimin.
Sebaik
sahaja Malik bin Auf pemimpin pergerakan musuh, membuat keputusan
untuk bergerak memerangi kaum muslimin. Maka di antara keputusannya
ialah membawa bersama mereka harta-harta, kaum wanita dan anak-anak
mereka. Dengan itu mereka pun bergerak hingga sampai di Autas, lembah
yang terletak di daerah perkampungan Hawazin berhampiran Hunain.
Semasa beliau turun bersama orang ramai di Autas, di antara mereka
ialah Duraid bin al-Sammah, dia seorang yang lanjut usia dan buta,
berpengetahuan mengenai peperangan, berani dan berpengalaman. Dia
memberi cadangan dan idea tentang strategi peperangan tetapi ditolak
mentah-mentah oleh Malik bin Auf. Rasulullah telah mendapat maklumat
tentang pergerakan musuh. Maka Rasulullah mengutus Abi Hadad
al-Aslami menyuruh beliau menyusup masuk ke tengah-tengah musuh dan
tinggal di sana untuk memperolehi maklumat lengkap mengenai mereka.
Tanggal
6 haribulan Syawal tahun kelapan 8 Hijrah bersamaan pada hari Sabtu,
Rasulullah pun bergerak keluar dari Makkah. Untuk menghadapi musuh,
Rasulullah menyediakan 12 000 tentera Islam yang terdiri dari orang
Madinah dan Quraisy Makkah yang baru memeluk Islam. Perang Hunain
berlaku di lembah Hunain. Lembah Hunain mempunyai banyak lorong yang
sempit dan tersembunyi. Disini, tentera Islam diserang secara
sembunyi-sembunyi oleh musuh. Faktor goegrafi telah memberi kelebihan
kepada musuh untuk mengatur startegi mereka. Lebih-lebih lagi mereka
sangat menguasai teknik serangan sembunyi-sembunyi. Serangan
sembunyi-sembunyi musuh ini menyebabkan tentera Islam kucar-kacir.
Tentera Islam terlalu yakin untuk menang dengan bilangan yang ramai
menyebabkan mereka lalai dan kurang berhati-hati.
Namun,
tentera Islam yang dipimpin Nabi Muhammad bangkit menentang musuh.
Semangat juang yang tinggi menyebabkan mereka menang mengalahkan
musuh. Sebelum berperang, mereka meletakkan anak isteri di belakang
pasukan yang bertempur. Ini merupakan taktik kabilah Hawazin dan
kabilah Arab lain untuk membangkitkan semangat tempur dan mencegah
mereka melarikan diri dari medan perang. Akibatnya, ketika pada
akhirnya mereka lari meninggalkan medan perang, maka kaum wanita dan
anak-anak ini tertinggal sehingga menjadi tawanan. Pada perang kali
ini pun, secara keseluruhan, pasukan muslimin menawan sebanyak enam
ribu orang dari pihak musuh, selain rampasan perang lain berupa hewan
ternak dan peralatan perang, serta emas perak sebanyak lebih dari
3300 kilogram. Akhirnya, tentera Islam berjaya mengalahkan musuh dan
memenangi peperangan Hunain.
4.9 THAIF
Peperangan
Ta'if ini merupakan sambungan kepada peperangan Hunain, kerana
sebahagian besar dari saki baki tentera Hawazin dan Thaqif telah lari
bersama ketua angkatan tentera agungnya iaitu Malik bin Auf ke
"Ta'if", mereka berkubu di sana, lantaran itu maka
Rasulullah segera memburu mereka ke sana setelah selesai membersih
kawasan Hunain dari tentangan dan pengurusan al-Ghanimah di
"al-Ja'ranah"
Peristiwa
ini berlaku pada bulan Syawal tahun 8 hijrah.Ghazwah ini telah
didahului oleh satu pasukan peninjau yang dipimpin oleh Khalid ibni
al-Walid dengan kekuatan tentera seramai 1,000 orang. Setelah itu
barulah Rasulullah (s.a.w) memasuki ke Ta'if. Dalam perjalanan ini
Baginda telah melalui an-Nakhlah al-Yamaniyah, melalui Qaran
al-Manazil kemudian memasuki Liyah, di sana terdapat kubu Malik bin
Auf dan Baginda memerintah supaya dirobohkan. Setelah itu Baginda
meneruskan perjalanan hingga sampai ke Ta'if dan berkhemah
berhampiran dengan kubu Ta'if. Seterusnya Baginda mengepung kubu
berkenaan. Pengepungan dan perintah berkurung tidak mengambil masa
yang panjang, kerana mengikut riwayat Anas melalui Imam Muslim
mengatakan bahawa pengepungan ke atas mereka itu memakan masa empat
puluh hari, tetapi ahli al-Sirah menyatakan pendapat yang berlainan,
ada yang mengatakan dua puluh hari, ada pendapat sepuluh hari, yang
lain mengatakan lapan belas hari dan ada yang menyebut lima belas
hari.
Di
dalam tempoh pengepungan ini berlaku panah memanah dan lontar
melontar tombak .Dipermulaan pengepungan kaum muslimim menghadapi
lontaran panah bagaikan hujan, menyebabkan beberapa orang Islam
terkena lontaran tersebut, dua belas orang dari mereka gugur syahid,
hingga terpaksa mereka berpindah dari garis pertahanan mereka ke
suatu tapak lain, Tapak itu dikenali sebagai tapak masjid al-Ta'if
yang ada sekarang ini. Sebagai tindakan seterusnya Rasulullah
menghala "Manjaniq" pelontar peluru batu ke arah penduduk
al-Ta'if menyebabkan sebahagian benteng mereka runtuh. Ini membuka
jalan kepada tentera Islam memasuki ke dalam benteng dengan perisai
bergerak mereka, Tetapi di masa itu musuh telah sempat menuang cecair
besi dari atas benteng menyebabkan perisai mereka terbakar
bersama-sama dengan tentera yang dibawahnya. Dengan itu tentera yang
berada di bawahnya telah lari kerana kepanasan, semasa mereka lari
dari perisai, mereka dihujani dengan anak panah, menyebabkan banyak
yang gugur syahid.
Rasulullah
telah memerintahkan supaya memusnahkan tanaman anggur pihak musuh
sebagai salah satu taktik untuk memaksa mereka menyerah kalah.Hal ini
kerana mereka amat bergantung kepada tanaman anggur sebagai salah
satu sumber makanan . Apabila orang-orang Thaqif melihat tindakan
tentera islam menebas sedang dijalankan, lalu mereka meminta belas
kasihan daripada Baginda.Lantaran itu baginda telah menyuruh
tentera-tenteranya berhenti daripada menebang pohon anggur
tersebut.Rasulullah telah memanggil seorang dari kalangan tentera
islam untuk membuat seruan kepada tentera musuh yang berada dalam
benteng kota kota Thaif.Seruan tersebut adalah “Sesiapa
sahaja yang keluar dari dalam benteng dan mendatangi kami beliau
adalah bebas".
Dengan itu maka keluar seorang lelaki bersama dengan dua puluh tiga
orang yang lain, lelaki itu dikenali sebagai Abu Bakarah kerana
beliau turun dari atas benteng melalui Bakarah iaitu kincir, kesemua
mereka ini dibebaskan oleh Rasulullah, dan tiap seorang dari mereka
diserahkan kepada orang-orang Islam untuk di beri makan.
Oleh
kerana terlalu lama mengepung benteng, dan tidak nampak tanda-tanda
yang ianya akan jatuh dan menyerah kalah, di samping tentera Islam
terus mengalami kecederaan kerana lontaran panah atau terkena
simbahan cecair besi, dan persiapan rapi musuh dalam menghadapi
tentera Islam sekiranya mereka dikepung maka Rasulullah telah
bertanya pendapat Naufal bin Muawiah al-Dili, jawab beliau "Mereka
ini tak ubah seperti musang di dalam lubangnya sekiranya tuan hamba
tunggu di sini bolehlah tuan hamba mengambilnya dan kalau
ditinggalkan ianya tidak membahayakan". Oleh itu maka Rasulullah
pun berazam untuk membatal pengepungan dan berangkat pulang. Sebagai
tindakan seterusnya maka Rasulullah menyuruh Umar bin al-Khattab
memaklumkan kepada orang ramai dengan suaranya: "Kita semua akan
berangkat pulang esok InsyaAllah". Buat sesetengah orang terasa
berat tindakan ini, lantas mereka berkata: "Apa? kita hendak
berangkat pulang tanpa membuka kubu mereka?". Jawab Rasulullah:
"Baiklah, kalau begitu, esok kamu seranglah mereka". Pada
keesokan harinya mereka membuat serangan, menyebabkan ada di antara
mereka yang tercedera. Di masa itu Rasulullah berkata: "Esok
kita berangkat InsyaAllah". Para sahabat pun terasa gembira
dengan pelawaan Rasulullah itu dan semua orang pun patuh. Dengan itu,
mereka pun beredar dari situ, sedang Rasulullah tersenyum melihat
telatah para sahabatnya.
Semasa mereka sedang
beredar dari situ, Rasulullah menyeru mereka beramai-ramai
melafazkan, kami pulang, kami bertaubat kami beribadat, kepada Tuhan
jua kami memuji. Dan kata mereka seterusnya: "Wahai Rasulullah:
Doakan kemusnahan Thaqif". Maka kata Rasulullah: "Ya Allah!
Ya Tuhanku, berilah hidayat kepada Thaqif dan bawalah mereka semua
kepangkuan kami"..
5.1
PEDOMAN DAN PENGAJARAN
- Kisah Perang Uhud ditulis dalam Surah Ali Imran. Kekalahan di Uhud adalah ujian dari Allah bagi muslim mukmin dan munafik. Memang benar bahawa pasukan muslim hampir saja mampu menghabisi kaum Quraisy ketika kemudian perhatian mereka teralihkan. Ketika tentera muslim melihat para wanita Qurasy mengangkat bajunya sehingga menampakkan gelang pergelangan kaki dan kaki-kaki mereka, mereka mulai berteriak-teriak dan menzalimi mereka. Tanpa peduli akan perintah Nabi Muhammad, mereka meninggalkan tempat jaga mereka dan mengejar wanita-wanita Quraisy. Kerana itulah Allah menjadikan berlakunya bunuh muslim yang meninggalkan kedudukannya sebagai suatu ujian. Tentara muslim kalah kerana salah mereka sendiri. Uhud mengajar kita sekiranya melanggar arahan pemimpin yang tegas dan jauh pandangannya akan membawa kepada kerugian dalam pertempuran dan tamak kepada harta rampasan perang dan Iain-lain habuan kebendaan akan membawa kepada kegagalan seterusnya kekalahan.
- Dalam peperangan Khaibar Rasulullah mengharamkan makan daging keldai peliharaan. Selain itu, kita boleh berdamai dengan Yahudi dalam waktu yang ditentukan dan boleh memerangi orang kafir pada bulan haram.
- Perang Hunain ini adalah satu bentuk tarbiyah yang diberikan oleh Allah. Kerana sayangnya Allah kepada hambaNya, maka diberikan kekalahan pada peringkat awal dalam peperangan ini. Allah menjadikan bumi yang kelihatan luas ini sempit pada pandangan umat islam kerana sifat jahiliyah yang tersorok dalam hati mereka. Imam Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa Allah memberikan kekalahan supaya mereka (tentera islam) merasa akan kepahitan kekalahan kemudian barulah diberikan kemenangan supaya kepala yang ditegakkan kerana kemenangan menakluk Mekah dapat ditundukkan supaya malu di hadapanNya.
- Dalam perang Badar pula, keimanan, ketabahahan,kesetiaan dan kesabaran menjadi kayu ukur ketaqwaan para ahli Badar ini seharusnya menjadi pencetus motivasi buat kita. Dari permulaan peristiwa sehingga pengakhiran perang Badar ini memberikan banyak pengajaran buat kita. Bermula dari perancangan yang strategik sehinggalah pendambaaan syahid oleh ahli Badar seharusnya kita jiwai dan tidak kita lupa supaya menjadi pedoman harian kita di bulan Ramadhan ini lantas dalam kehidupan kita seharian.
- Perang Khandaq mengajar kita erti berkumpulan dan menerima idea sesiapa sahaja. Ia juga mementingkan musyawarah dalam berpasukan kerana inilah kekuatan yang sebenar bagi menggalas apa jua tanggungjawab.
Kesimpulannya
pensyariatan perang yang telah diizinkan oleh Allah ke atas umat
islam merupakan titik perubahan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
dengan pihak musuh yang cuba menjatuhkan kerajaan islam.Keizinan
berperang ini bukan bermakna islam merupakan sebuah agama yang
menggunakan kekerasan tetapi untuk mempertahankan kehormatan dan
kedaulatan islam sebagai sebuah agama yang suci.
Ini kerana sejak
kemunculan islam di Mekah,Nabi Muhammad sering kali ditentang dengan
hebat oleh kaum musyrikin dalam usaha nabi untuk menyebarkan syiar
islam.Baginda bukan sahaja di hina,dimaki dan diugut bahkan turut
menrima ancaman bunuh daripada orang kafir.Pensyariatan berperang ini
menunjukkan islam bukanlah sebuah agama yang lemah yang menerima apa
sahaja kezaliman yang dilakuan oleh orang musyrikin .Disamping
itu,pengajaran yang dapat di ambil daripada Ghazwah Ar- Rasul ini
adalah kecekalan dan pengorbanan yang di tunjukkan oleh baginda dan
para sahabat dalam mempertahankan kesucian Islam.Mereka sanggup
mengorbankan nyawa mereka semata-mata kerana islam kerana yakin akan
kebenaran risalah yang di bawa oleh Rasulullah di samping ingin
merebut ganjaran yang telah di ganjarkan oleh Allah iaitu ganjaran
mati syahid.
Mereka amat yakin
dengan janji-janji Allah yang akan menyediakan tempat yang mulia di
akhirat kelak sekirannya mereka gugur di medan jihad iaitu
syurga.Sumbangan mereka dalam mempertahan dan menyebarkan islam
amatlah besar dan tidak ternilai.Tambahan lagi pengajaran lain yang
dapat diambil adalah penyusunan dan perangkaan strategi sebelum
melakukan sesuatu tindakan.Hal ini dapat di lihat melalui ketokohan
Nabi Muhammad dalam merangka starategi untuk menumbangkan pihak musuh
di medan perang.Sebagai contoh di dalam perang Khandak di mana
baginda telah memerintahkan supaya menggali parit yang besar dalam
usaha untuk menjatuh dan mengalahkan pihak musuh.Selain
itu,musyawarah dan penerimaan pendapat orang lain juga penting dalam
megeluarkan keputusan yang tepat sebelum bertindak.Ini dapa di lihat
melalui sikap Rasulullah yang sering kali bertanyakan pendapat para
sahabat yang lain sebelum mengeluarkan sesuatu arahan.Disini juga
menunjukkan baginda bukanlah seorang yang mementingkan diri sendiri
tetapi merupakan seorang yang bertoleransi dan bertolak ansur.
RUJUKAN
Al-Qurʼān
al-Karīm.
Syuhada,
Harjan dkk. 2011. Sejarah Kebudayaan Islam Madrasah Aliyah Kelas XII.
Jakarta: Bumi Aksara
K.H.
Moenawar.2004.Kelengkapan Tarikh Nabi Muhammad,Jilid 1.Jakarta.
Abu
Haji.2007.Al-Mawsu’ah Lil-Af’al Al-Muslimin.
,Bandung,
Penerbit
Gransido.
Sheikh
Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri.2013.Sirah Rasulullah,Keagungan
Seorang
Nabi
Bongsu.
Mustaffa
Sibaei.Sirah Nabawiyyah.
No comments:
Post a Comment