Friday, 6 June 2014

CONTOH SURAT RAYUAN TUKAR MODUL



CONTOH SURAT RAYUAN TUKAR MODUL
XXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXX
__________________________________________________________________________
Kepada,
XXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXX                                                                                               21 MEI 2014

Dr,

RAYUAN PERTUKARAN MODUL PEMBELAJARAN
Saya merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun satu sesi 2013/2014 dalam jurusan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam Dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam). Walaupun begitu, saya diletakkan dalam modul Sejarah dan Tamdun Islam pada tahun dua nanti. Akan tetapi saya mula menyedari bahawa modul Bahasa dan Kesusasteraan Arab adalah minat dan kecenderungan saya . Dengan itu saya menulis rayuan ini untuk saya menukar kepada modul tersebut.

2.         Saya juga telah menghabiskan sesi pengajian selama hampir dua semester dan akan menjalani sesi peperiksaan semester dua tidak lama lagi. Hasil keputusan peperiksaan semester satu dahulu, keputusan saya lebih cenderung ke arah minatnya Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Begitu juga dengan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia saya yang telah saya duduki dua tahun lepas. Keputusan peperiksaan semester satu dan STAM saya lampirkan bersama surat ini.

3.         Saya amat berterima kasih di atas kerjasama Dr. dan menghargai setiap masa Dr.
Sekian,terima kasih

Yang Benar


………………………………..
(XXXXXXXXXXXXXXXXX)

No comments:

Post a Comment