PENDAHULUAN
Imam Al-Ghazali,
sebuah nama yang tidak asing di telinga kaum muslimin. Tokoh
terkemuka dalam bidang falsafah dan tasawuf. Memiliki pengaruh dan
pemikiran yang telah tersebar ke seluruh dunia Islam. Sejarah dan
perjalanan hidupnya masih terasa asing. Kebanyakan kaum muslimin
belum ketahui. Kertas kerja ini akan mengambarkan sejarah
kehidupannya. InsyaAllah, kita semua dapat mengambil hikmah dan
pengajaran serta dapat dijadikan teladan daripada sejarah hidup
beliau.
2.1 NAMA,
NASAB DAN KELAHIRAN
Beliau
bernama Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad At-Thusi, Abu
Hamid Al-Ghazali. Para ulama nasab berselisih dalam penyandaran nama
Imam Al Ghazali. Sebagian mengatakan, bahwa penyandaran nama beliau
kepada daerah Ghazalah di Thusi, tempat kelahiran beliau.
Sebagian
lagi mengatakan penyandaran nama beliau kepada pekerjaan keluarganya
iaitu menenun sehingga ditasydid Al-Ghazali. Demikian pendapat Ibnul
Atsir. Ada yang berpendapat Al-Ghazali adalah penyandaran nama kepada
Ghazalah anak perempuan Ka’ab Al-Akhbar, ini pendapat Al-Khafaji.
Yang
dijadikan sandaran para ahli nasab mutaakhirin adalah pendapat Ibnul
Atsir dengan tasydid iaitu penyandaran nama kepada pekerjaan dan
keahlian bapa dan abangnya. Beliau lahir pada tahun 450 H, bertepatan
dengan 1059 M di Ghazalah suatu kota kecil yang terlelak di Thus
wilayah Khurasah yang waktu itu merupakan salah satu pusat ilmu
pengetahuan di dunia islam.
2.2
PERJALANAN KEHIDUPAN IMAM AL-GHAZALI
Ayah
beliau adalah seorang pengusaha kain shuf (yang dibuat dari kulit
kambing) dan menjualnya di kota Thusi. Sebelum wafat, dia mewasiatkan
kepada sahabatnya yang alim untuk memelihara kedua anaknya. Setelah
meninggal, maka temannya tersebut mengajar kedua anaknya ilmu,
sehingga harta peninggalannya habis.
Ayahnya
orang miskin yang soleh. Tidak makan kecuali hasil pekerjaannya iaitu
jualan pakaian kulit. Beliau mengujungi ahli fiqh dan bermajlis
dengan mereka. Apabila mendengar ajaran mereka (ahli fiqh), beliau
menangis dan berdoa memohon diberi anak yang mahir dalam bidang fiqh.
Apabila dia hadir di majlis ceramah pula, dia menangis dan memohon
kepada Allah Ta’ala untuk diberikan anak yang mahir dalam ceramah.
Allah
mengabulkan kedua doa beliau tersebut. Imam Al Ghazali menjadi
seorang yang faqih dan saudaranya Ahmad menjadi seorang yang ilmuan
dalam memberi ceramah nasihat.
2.3 PENDIDIKAN
DAN ILMU
Imam
Ghazali memulakan pendidikannya di wilayah kelahirannya sendiri.
Dengan ayahnya, dia belajar Al-qur’an dan asas-asas ilmu keagamaan
yang lain.Kemudian dia menuntut ilmu di Thusi dengan mempelajari
asas-asas ilmu. Setelah dia belajar dari kawan ayahnya (seorang ahli
tasawuf), Imam Ghazali dan saudaranya Ahmad memasuki sekolah untuk
memperoleh ilmu pengetahuan yang lain. Beliau mempelajari asas Islam
iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi. Antara kitab-kitab hadis yang
dipelajari ialah Sahih Bukhari, Sunan Abi Daud, Maulid An-Nabi dan
Sahih Muslim.[4] Begitu juga bidang-bidang ilmu yang di kuasainya
iaitu usul fiqh, mantiq, falsafah, dan tasawuf[5]
Seterusnya,
dia belajar fiqh dengan Imam Kharamain, dia belajar
bersungguh-sungguh sehingga mahir dalam bidang mazhab, khilaf
(perbezaan pendapat), perdebatan, mantik, membaca hikmah, dan
falsafah. Imam Kharamain menggelarkannya sebagai lautan yang luas.[6]
Setelah
Imam Kharamain meninggal, kemudian dia pergi ke Baghdad dan mengajar
di Nizhamiyah. Beliau mengarang beberapa kita tentang mazhab.
Antaranya kitab al-Basith, al-Wasith, al-Wajiz, dan al-Khulashoh.
Dalam usul fiqih, beliau mengarang kitab al-Mustasfa, kitab
al-Mankhul, Bidayatul Hidayah, al-Ma’lud Filkhilafiyah, Syifaal
Alil Fi Bayani Masa Ilit dan lain-lain.[7]
Antara
tahun 465-470 H Imam Al-Ghazali belajar fiqh dan ilmu-ilmu asas yang
lain dari Ahmad Al-Radzaski di Thus, dan dari Abu Nasral Ismailli di
Jurjan. Setelah Imam Al-Ghazali kembali ke Thus dan menetap selama 3
tahun di tempat kelahirannya, beliau mengulangkaji ilmunya di Jurjan
sambil belajar tasawuf dengan Yusuf Al-Nassaj. Pada tahun itu Imam
Al-Ghazali berkenalan dengan Al-Juwaini dan memperoleh ilmu kalam dan
mantiq. Imam al-Ghazali menjadi pembahas paling bijak di zamanya.
Imam Haramain merasa bangga dengan prestasi muridnya.
Walaupun
Imam Al-Ghazali telah masyhur, beliau tetap setia terhadap gurunya
sampailah gurunya wafat pada tahun 478 H. Sebelum Al-Juwani wafat,
beliau memperkenalkan Imam Al-Ghazali kepada Nidzham Al-Mulk, Perdana
Menteri Sultan Saljuk Malik Syah Nidzham adalah pengasas Madrasah
Al-Nidzhamiyah. Di Naisabur ini Imam Al-Ghazali sempat belajar
tasawuf dari Abu Ali Al-Faldl Ibn Muhammad Ibn Ali Al-Farmadi.[8]
Setelah
gurunya wafat, Imam Al-Ghazali meninggalkan Naisabur dan menuju
negeri Askar untuk berjumpa dengan Nidzham Al-Mulk. Di daerah ini
beliau diberi peluang untuk berdebat dengan ‘ulama. Dari perdebatan
yang dimenanginya ini, namanya semakin popular dan disegani ramai
orang kerana keluasan ilmunya. Pada tahun 484 H bersamaan 1091 M,
Imam Al-Ghazali diangkat menjadi guru besar di Madrasah Nidzhamiyah.
Selama megajar di madrasah, Imam Al-Ghazali mendalami falsafah,
terutama pemikiran Al-Farabi, Ibn Sina Ibn Miskawih dan Ikhwan
Al-Shafa. Penguasaanya terhadap falsafah terbukti apabila beliau
mengeluarkan karyanya seperti Al-Maqasid Falsafah Tuhaful
Al-Falasiyyah.[9]
Pada
tahun 488 H bersamaan 1095 M, Imam Al-Ghazali dilanda keraguan dan
kecelaruan terhadap ilmu-ilmu yang dipelajarinya. Keraguan kerjayanya
dan karya-karya yang dihasilkannya, sehingga beliau menderita
penyakit selama dua bulan dan sukar diubati. Kerana itu, Imam
Al-Ghazali tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai guru besar di
Madrasah Nidzhamiyah, yang akhirnya beliau meninggalkan Baghdad
menuju kota Dimasyk. Selama kira-kira dua tahun Imam Al-Ghazali di
kota Dimasyk. Kemudian beliau berpindah ke Baitul Maqdis Palestin.
Setelah itu, tergerak di hatinya untuk menunaikan ibadah haji dan
menziarahi makam Rasulullah SAW.[10]
Apabila
dari tanah suci, Imam Al-Ghazali mengunjungi kota kelahirannya di
Thusi, disinilah beliau berseorangan selama 10 tahun. Pada masa
itulah beliau menulis karyanya yang terkenal “Ihya’ ‘Ulumuddin”
( menghidupkan kembali ilmu agama).[11]
Beliau
menghabiskan masa akhirnya dengan kembali mempelajari hadis dan
berkumpul dengan murid-muridnya.
Beliau juga tekun menuntut ilmu hadis dan menelaah Shahih Bukhari
dan Muslim. Beliau tidak sempat meriwayatkan hadis dan tidak memiliki
keturunan kecuali beberapa orang puteri.
Abul
Faraj Ibnul Jauzi menyampaikan kisah meninggalnya beliau dalam kitab
At-Tsabat Indal Mamat, pada subuh hari Isnin, beliau berwuduk dan
solat, lalu berkata, “Bawa
kemari kain kafan saya.”
Lalu beliau mengambil dan menciumnya serta meletakkannya di kedua
matanya, dan berkata, “Saya
patuh dan taat untuk menemui Malaikat Maut.”
Kemudian beliau meluruskan kakinya dan menghadap kiblat. Beliau
meninggal sebelum menjelang pagi hari. (Dinukil
oleh Adz Dzahabi dalam Siyar
A’lam Nubala
6/34).
Beliau meninggal di kota Thusi, pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir 505
H bersamaan 1
Disember 1111 M dan
dikuburkan di tanah pekuburan At-Thabaran (Thabaqat
Asy Syafi’iyah
6/201).[12]
3.1 GURU-GURU
IMAM AL-GHAZALI
Imam
Al-Ghazali dalam perjalanan menuntut ilmunya mempunyai banyak guru.
Antara guru-guru Imam Al-Ghazali sebagai berikut :
Abu Sahl Muhammad
Ibn Abdullah Al-Hafsi, beliau mengajar Imam Al-Ghazali kitab Sahih
Bukhari.
Abul Fath Al-Hakimi
At-Thusi, beliau mengajar imam Imam Al-Ghazali kitab Sunan Abi
Daud.
Abdullah Muhammad
Bin Ahmad Al-Khawari, beliau mengajarnya kitab Maulid An-Nabi.
Abu Al-Fatyan ‘Umar
Al-Ru’asi, beliau mengajarnya kitab Sahih Bukhari dan Sahih
Muslim.[14]
3.2 MURID-MURID
IMAM AL-GHAZALI
Imam
Al-Ghazali mempunyai banyak murid.Kebanyakkan murid-murid beliau
menerima dan memperolehi ilmu di Madrasah Nidzhamiyah iaitu sebuah
madrasah yang menjadi tempat Imam Al-Ghazali mencurahkan segala ilmu
yang dimilikinya. Antara murid-murid beliau adalah :
Abu
Thahir Ibrahim Ibn Muthahir Al- Syebbak Al-Jurjani (Wafat 513 H).
Abu
Fath Ahmad Bin Ali Bin Muhammad Bin Burhan (Wafat 474-518 H), pada
mulanya beliau bermazhab Hambali, kemudian setelah beliau belajar
dengan imam Ghazali, beliau bermazhab Syafi’i. Di antara
karya-karya beliau adalah al-Ausath, al-Wajiz, dan al-Wushul.
Abu
Thalib, Abdul Karim Bin Ali Bin Abi Tholib Al-Razi (Wafat 522 H),
beliau mampu menghafal kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karya Imam
Al-Ghazali.
Abu
Hasan Al Jamal Al Islam, Ali Bin Musalem Bin Muhammad Assalami
(Wafat 541 H). Karyanya Ahkam Al-Khanatsi.
Abu
Mansur Said Bin Muhammad Umar (Wafat 539 H), beliau belajar fiqh
dengan Imam Al-Ghazali sehingga menjadi ‘ulama besar di Baghdad.
Abu
Al-Hasan Sa’ad Al-Khair Bin Muhammad Bin Sahl Al-Anshari
Al-Maghribi Al-Andalusi (Wafat 541 H). Beliau belajar fiqh dengan
Imam Al-Ghazali di Baghdad.
Abu
Said Muhammad Bin Yahya Bin Mansur Al-Naisabur (Wafat 584 H), beliau
belajar fiqh dengan Imam Al-Ghazali, antara karya-karya beliau
adalah Al-Mukhit fi Sarh Al-Wasith fi Masail Al-Khilaf.
Abu
Abdullah Al-Husain Bin Hasr Bin Muhammad (Wafat 552 H), beliau
belajar fiqh dengan Imam Al-Ghazali. Diantara karya-karya beliau
adalah Minhaj Al-Tauhid dan Tahrim Al-Ghibah.[15]
Sememangnya sudah
menjadi kelaziman sebagai seorang yang banyak memiliki ilmu
membuatkan masyarakat berlumba-lumba untuk mendampingi beliau untuk
merebut setiap ilmu-ilmu yang di miliki oleh Imam Al Ghazali.Maka
tidak hairanlah beliau mempunya ramai anak-anak murid yang amat alim
dalam ilmu agama.Antara murid–murid beliau kebanyakannya
mempelajari ilmu fiqh. Bahkan diantara murid- murid beliau menjadi
ulama besar dan pandai mengarang kitab.
4.0 KARYA-KARYA
IMAM AL-GHAZALI
Beliau
seorang yang sangat gemar menulis. Karya ilmiah beliau sangat banyak
sekali dan terbahagi kepada 2 bahagian. Antaranya adalah seperti
berikut :
4.1 KARYA
USULUDDIN DAN AQIDAH
Arba’in
Fi Ushuliddin.
Merupakan juz kedua dari kitab beliau Jawahirul
Qur’an.
Qawa’idul
Aqa’id,
yang beliau satukan dengan Ihya’
Ulumuddin
pada jilid pertama.
Al
Iqtishad Fil I’tiqad.
Tahafut
Al Falasifah.
Berisi bantahan beliau terhadap pendapat dan pemikiran para filosof
dengan menggunakan kaidah mazhab Asy’ariyah.
Faishal
At Tafriqah Bainal Islam Wa Zanadiqah.
4.2 KARYA
USUL, FALSAFAH, TASAWUF
Al-Mustashfa
Min Ilmil Ushul.
Merupakan kitab yang sangat terkenal dalam ushul fiqh.
Mahakun
Nadzar.
Mi’yarul
Ilmi. Kedua kitab ini berbicara tentang mantik dan telah dicetak.
Ma’ariful
Aqliyah. Kitab ini dicetak dengan tahqiq Abdulkarim Ali Utsman.
Misykatul
Anwar. Dicetak berulangkali dengan tahqiq Abul Ala Afifi.
Al
Maqshad Al-Asna Fi Syarhi Asma Allah Al-Husna. Telah dicetak.
Mizanul
Amal. Kitab ini telah diterbitkan dengan tahqiq Sulaiman Dunya.
Al-Madhmun
Bihi Ala Ghairi Ahlihi. Oleh para ulama, kitab ini diperselisihkan
kesahihannya sebagai karya Al-Ghazali.
Al-Ajwibah
Al-Ghazaliyah Fil Masail Ukhrawiyah.
Ma’arijul
Qudsi fi Madariji Ma’rifati An-Nafsi.
Qanun
At-Ta’wil.
Fadhaih
Al-Bathiniyah dan Al-Qisthas Al-Mustaqim. Kedua kitab ini merupakan
bantahan beliau terhadap usul batiniyah. Keduanya telah diterbitkan.
Iljamul
Awam An Ilmil Kalam. Kitab ini telah diterbitkan berulang kali
dengan tahqiq Muhammad Al-Mu’tashim Billah Al-Baghdadi.
Raudhatuth
Thalibin Wa Umdatus Salikin, diterbitkan dengan tahqiq Muhammad
Bahit.
Ihya’
Ulumuddin. Kitab yang cukup terkenal dan menjadi salah satu rujukan
sebagian kaum muslimin di Indonesia. Para ulama terdahulu telah
mengkaji dan merujuk kitab ini.
5.1 AQIDAH,
MAZHAB DAN FALSAFAH IMAM AL-GHAZALI
Dalam
masalah fiqh, beliau seorang yang bermazhab Syafi’i. Bukti,
karyanya Al-Wasith,
Al-Basith
dan Al-Wajiz.
Bahkan kitab beliau Al-Wajiz
termasuk buku induk dalam mazhab Syafi’i yang mendapat perhatian
khusus dari para ulama Syafi’iyah.
Sedangkan
dalam sisi akidah, beliau sudah terkenal dan masyhur sebagai seorang
yang bermazhab Asy’ariyah. Banyak membela Asy’ariyah dalam
membantah batiniyah, para ahli falsafah serta kelompok yang
menyelisihi mazhabnya. Oleh kerana itu, beliau menamakan kitab
aqidahnya yang terkenal dengan judul Al-Iqtishad
Fil I’tiqad.
Tetapi karya beliau dalam aqidah dan cara pengambilan dalilnya,
hanyalah merupakan ringkasan dari karya tokoh ulama Asy’ariyah
sebelum beliau. Tidak memberikan sesuatu yang baru dalam mazhab
Asy’ariyah. Beliau hanya memaparkan dalam bentuk baru dan cara yang
cukup mudah. Keterkenalan Imam Ghazali sebagai tokoh Asy’ariyah
juga dikukuhkan lagi dengan kesufiannya. Beliau menjadi penanda aras
yang sangat penting menyatunya Sufiyah ke dalam Asy’ariyah.
Akan tetapi tasawuf
apakah yang diyakini beliau? Memang agak sulit menentukan tasawuf
beliau. Kerana seringnya beliau membantah sesuatu, kemudian beliau
jadikan sebagai aqidahnya. Beliau memnolak falsafah dalam kitab
Tahafut, tetapi beliau sendiri mempelajari falsafah dan
menyetujuinya.
Ketika berbicara
dengan Asy’ariyah, beliau seperti seorang Asy’ari tulen. Ketika
berbicara tasawuf, beliau seperti menjadi sufi. Menunjukkan seringnya
beliau berpindah-pindah dan tidak tetap dengan satu mazhab.
Adapun
orang yang menkaji kitab dan karya beliau seperti Misykatul
Anwar, Al-Ma’arif Aqliyah, Mizanul Amal, Ma’arijul Quds,
Raudhatuthalibin, Al-Maqshad Al-Asna, Jawahirul Qur’an
dan Al-Madmun
Bihi Ala Ghairi Ahlihi,
akan mengetahui bahawa tasawuf beliau berbeza dengan tasawuf orang
sebelumnya.
Syeikh Dr.
Abdurrahman bin Solih Ali Mahmud menyimpulkan hasil kajiannya dan
pendapat para penkaji pemikiran Al-Ghazali, bahawa tasawuf Al-Ghazali
bergantung pada falsafah Isyraqi (Madzhab Isyraqi dalam falsafah
ialah mazhab yang menyatukan pemikiran dan ajaran dalam agama-agama
kuno, Yunani dan Parsi. Termasuk bahagian dari falsafah Yunani dan
Neo-Platoisme). Sebenarnya inilah yang dikembangkan beliau akibat
pengaruh karya-karya Ibnu Sina dan Ikhwanush Shafa.
Tetapi
perlu diketahui, bahawa pada akhir hayatnya, beliau kembali kepada
ajaran Ahlusunnah Wal Jama’ah meninggalkan falsafah dan ilmu kalam
dengan mepelajari dan mengajar Sahih
Bukhari
dan Muslim.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Penulis
Jawahirul Qur’an (karya Al-Ghazali) banyak meneliti perkataan para
falsafah dan merujuk kepada mereka, sehingga banyak mencampur
pendapatnya dengan perkataan mereka. Beliau pun menolak banyak hal
yang bersesuaian dengan mereka. Beliau memastikan, bahawa perkataan
falsafah tidak memberikan ilmu dan keyakinan. Demikian juga halnya
perkataan ahli kalam. Pada akhirnya beliau menyibukkan diri meneliti
Sahih Bukhari dan Muslim hingga wafatnya dalam keadaan demikian.
6.1 PERBINCANGAN
DAN KESIMPULAN
Ketokohan
dan keagungan Imam Al-Ghazali rahimahullah dengan sikap yang beliau
tunjukkan itu adalah sikap agung yang tidak dimiliki dan dilakukan
kecuali oleh tokoh-tokoh agung seperti beliau. Hasil karya-karya
beliau yang sangat berguna kepada manusia hingga ke hari ini
menunjukkan beliau seorang ahli ilmuan yang agung. Falsafahnya amat
berguna hingga dikaji dan dijadikan hujah sehingga sekarang.
Semoga
beliau dapat kurniaan daripada yang Maha Esa sebagai jasa yang telah
beliau curahkan kepada masyarakat seluruh dunia. Maka mari kita
mengambil iktibar dan pengajaran serta membuat pedoman dalam
kehidupan seharian.
RUJUKAN
Tim
Penyusun Ensiklopedi Islam. 1997. Ensiklopedi Islam. Cetakan Ke-4.
Hlm 25. Jakarta. Van Hoeve Letiar Baru.
Muhammad Hasan.
2006. Perbandingan Madzhab. Cetakan Ke-4. Hlm 267. Jakarta. PT Raja
Granfindo Persada.
Himawijaya. 2004.
Mengenal Al-Ghazali Keraguan Adalah Awal Keyakinan. Cektakan
Pertama. Hlm 15. Bandung. Mizan Media Utama MMU.
Hudari Bik.
Terjemahan Zuhri. 1980. Tarikh Al-Tasri Al-Islam. Hlm 570. Semarang.
Darul Ihya.
Imam Al Ghazali.
Ihya Ulumuddin. Juz 1. Hlm 7. Beirut. Darul Ma’rifah.