Friday, 18 April 2014

apa itu terjemahan?

Terjemahan?

Salamullah semua saudara-saudari

Blog ini bertujuan memenuhi kehendak tugasan subjek Terjemahan Arab-Melayu-Arab. TETAPI apa-apa pun, setiap amalan kita tidak lain dan tidak bukan hanya kerana Rabb al-'Aalamin. Sebelum kita pergi jauh dalam subjek ini,perlu kita ketahui apa maksud 'terjemah'. Bila dah faham definisi @ takrif @ maksud,barulah senang dong...

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat-memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan:.Daripada perkataan terjemah ini,terbitlah perkataan 'penterjemahan', 'penterjemah'  dan 'menterjemahkan'.

Dalam bahasa Arab juga menggunakan perkataan yang sebutannya serupa iaitu "ترجم" atau 'tarjama, yutarjimu, tarjamah”. Ini merupakan salah satu contoh perkataan bahasa Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab.

Sementara itu dalam Mu،jam al-mustalahat al- ،Arabiyyah fi al-lughah wa al-adab (1984:94) mentakrifkan terjemahan sebagai:

إعادة كتابة موضوع معيّن بلغة غير اللغة التي كُتِبَ بها أصلا

(menulis semula sesuatu perkara / topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya). 

Sebagai khulasahnya,maksud terjemah ialah memindahkan apa-apa teks atau yang seumpama dengannya daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain.

Persoalannya di sini,kenapa perlu belajar ilmu terjemahan ini? Di sini,saya berikan satu analogi di mana berlaku satu keadaan apabila dua orang yang mahu berkomunikasi tetapi hanya tahu bahasa masing-masing sahaja.Contohnya,si A yang hanya tahu berbahasa Melayu dan si B yang hanya tahu berbahasa Arab.Jika wujud pula si C yang tahu kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab,maka si C boleh membantu menterjemahkan komunikasi si A dan si B tadi.

Kesimpulannya di sini,ilmu terjemahan ini penting bagi memudahkan komunikasi sesama manusia di atas muka bumi Allah ini sesuai dengan firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Cukup pembuka bicara, coretan yang tidak seberapa, kami gelarkan diri kami trioboys ingin mengundur diri. Lain page, lain halaman, kita bersua lagi jika itu jodoh kita. Sekian.

Thursday, 17 April 2014

سلام الله عليكم ورحمته وبركاته
أهلا وسهلا بكم
"طاب يومكم"